Update Ku Nan bimbang trend penurunan sokongan kepada BN >> Berita Malay 18

Sehubungan itu beliau yang juga setiausaha agung Umno berkata, jentera kepimpinan Umno dan BN mesti mengamalkan resmi padi yang semakin ‘menunduk apabila berisi’.
tengku-adnan_bn_600Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, beliau bimbang dengan trend penurunan sokongan yang dicatatkan sejak selepas Pilihan Raya Umum ke-11 dan mahu usaha dijalankan bagi memberi penerangan kepada rakyat.
Sehubungan itu beliau yang juga setiausaha agung Umno berkata, jentera kepimpinan Umno dan BN mesti mengamalkan resmi padi yang semakin ‘menunduk apabila berisi’.
Tengku Adnan yang juga menteri wilayah persekutuan itu berkata, beliau percaya sokongan rakyat kepada Umno dan BN akan bertambah sekiranya jentera kepimpinan sentiasa turun padang berjumpa rakyat.
Selepas penurunan sokongan dalam PRU 1999, yang dilangsungkan di sebalik krisis ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, BN mencatatkan prestasi paling cemerlang dalam sejarag semasa PRU 2004.
Bagaimanapun BN mngalami prestasi yang paling terburuk selepas tahun 1969 dalam PRU 2008 dan ia berterusn semasa PRU13.
Dipetik Bernama, Tengku Adnan berkata, jentera Umno dan BN perlu menggiatkan usaha bagi meningkatkan sokongan rakyat dalam usaha mencapai kemenangan besar pada PRU14.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :