Update Rasuah: Kenapa SPRM tidak dakwa MB Johor? >> Berita Malay 18

Lanjutan dakwaan isu rasuah yang membabitkan Menteri Besar (MB) Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebelum ini, Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Johor hari ini telah menghantar memorandum kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri Johor.
Ketua Pemuda AMANAH Negeri Johor, Taqiuddin Cheman berkata, memorandum dihantar berikutan tindakan MB Johor yang mendiamkan diri terhadap tuduhan yang dilemparkan ke atas dirinya.
Menurut Taqiuddin lagi, memorandum tersebut dihantar bertujuan supaya SPRM memberi penjelasan sama ada kebocoran maklumat pendakwaan kes rasuah hartanah berlaku atau sebaliknya.
Taqiuddin turut membangkitkan persoalan, jika tuduhan itu benar, mengapakah MB Johor tidak didakwa di mahkamah oleh pihak SPRM.
“Kita maklum tiga hari lalu sebuah lama web bernama ‘Bongkar Rahsia BN Johor’ telah menyebarkan satu laporan berkenaan kes siasatan pengakuan seorang saksi yang terlibat secara langsung dalam skandal yang membabitkan MB Johor dan juga Datuk Abdul Latif Bandi yang disiasat atas skandal rasuah awal tahun ini.
“Dalam laporan ini saksi mengaku telah menjadi orang tengah untuk uruskan permohonan beberapa syarikat pemaju dengan mendapatkan sokongan daripada MB Johor agar Datuk Abdul Latif Bandi yang pada ketika itu merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya meluluskan penukaran status tanah bumiputera kepada non bumi dengan bayaran komisyen,” kata beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: