Update Dr M: Kuok tak pernah bagi duit semasa saya terajui BN >> Berita Malay 18


Dr M: Kuok tak pernah bagi duit semasa saya terajui BN.
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa hartawan Tan Sri Robert Kuok tidak pernah memberikan apa-apa sumbangan kewangan kepada Barisan Nasional (BN) semasa beliau memegang jawatan perdana menteri.

“Tidak, dulu kita tak perlu banyak duit. Kita tak payah minta banyak pun,” kata pengerusi PPBM itu kepada pemberita di ibu pejabat PPBM hari ini.
Beliau berkata BN pada masa itu tidak memerlukan wang “sebanyak” yang diperlukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Robert Kuok tak payah bagi apa-apa kepada kita,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas penulis blog Raja Petra Raja Kamarudin mendakwa Kuok menyumbangkan wang kepada DAP, serta membiayai kempen untuk menggulingkan kerajaan.
Berikutan itu, pemimpin Umno mengecam Kuok sebagai tidak bersyukur.
Najib berkata Kuok tidak dapat menikmati kekayaannya tanpa bantuan kerajaan, sementara Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Aziz mencabar Kuok kembali ke Malaysia untuk bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Bagaimanapun, pemimpin MCA mempertahankan Kuok di mana Setiausaha Agung Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata kenyataan pemimpin Umno “mengecewakan”, manakala seorang lagi pemimpin MCA Datuk Seri Ti Lian Ker berkata Kuok berhak menyokong mana-mana parti yang dia mahukan.
Dr Mahathir berkata dakwaan terhadap Kuok adalah fitnah.
“Robert Kuok orang terkaya sekali dari Malaysia dan kita tahu dia sayangkan Malaysia, itu sahaja.
“Pendiriannya, dia dilahir di Malaysia dan dia rakyat Malaysia dan dia patriotik terhadap Malaysia, bukan kepada mana-mana parti.”

Subscribe to receive free email updates: