Di mana pelindung-pelindung nasib orang Melayu ini ketika wang MARA disalahgunakan untuk disalur sebagai dana kepada sesebuah pasukan bola sepak?
Tumpang sekole.
Adnan perlekeh cabaran Pas di Pahang, anggap PH ancaman sebenar
Pengerusi BN Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob memperlekehkan cabaran Pas dalam pilihan raya umum (PRU) kali ini dengan menyifatkan parti itu bukan ancaman di Pahang.
Ancaman sebenar bagi BN, katanya adalah Pakatan Harapan (PH) yang menggunakan satu logo.
Beliau bagaimanapun mengakui BN mempunyai strategi untuk menghadapi pakatan politik pembangkang yang menggabungkan Bersatu, PKR, AMANAH dan DAP itu.
Ketika memperkenalkan calon BN Pahang, Adnan juga berkata PRU 14 ini akan menjadi medan terakhir beliau bertanding.
Adnan mempertahankan kerusi Pelangai buat penggal kelapan berturut-turut yang disandangnya sejak 1986.
MD.