Update Apa Agenda Warganegara Bagi Pemimpin-Pemimpin DAP Ini? >> Berita Malay 18


Melihat gambar yang dipaparkan oleh Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau Kiong Yieng, mengenai pertemuan beliau dengan Menteri Dalam Negeri, TS Muhyiddin Yassin, bagi membincangkan isu-isu kewarganegaraan menimbulkan beberapa persoalan:

Pertama, sulit sangatkah isu-isu kewarganegaraan ini sehingga perkara ini tidak boleh dibincangkan secara terbuka di Dewan Rakyat dan perlu dibincangkan secara tertutup dengan Menteri Dalam Negeri?

Kedua, eksklusif sangatkah isu-isu kewarganegaraan ini sehingga pemimpin parti-parti komponen lain Pakatan Harapan tidak dilibatkan dalam perkara ini dan hanya dihadiri pemimpin DAP?

Ketiga, besar sangatkah isu-isu kewarganegaraan ini sehingga memerlukan dua Menteri DAP dan dua Timbalan Menteri DAP meninggalkan tugas rasmi masing-masing semata-mata untuk turut sama membincangkannya?        

Keempat, apa kaitan isu-isu kewarganegaraan ini dengan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Hannah Yeoh, dan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching?

Kesimpulannya, kita tidak luoa bagaimana pada 9 Julai lalu Menteri Dalam Negeri memberikan jawapan tegas beliau kepada soalan Ahli Parlimen Beruas, Dato' Ngeh Koo Ham, yang memohon supaya dipermudahkan pemberian kewarganegaraan, dan semoga beliau terus bertegas dan istiqamah.

Subscribe to receive free email updates: