Update Jangan politikkan agama, Wan Ji tegur PAS mahu sekat acara gereja >> Berita Malay 18

Beliau berkata PAS sepatutnya bersemuka dengan penganjur jika tidak setuju dengan perhimpunan yang bakal diadakan di Melaka itu.
wan-jiKUALA LUMPUR: Seruan PAS supaya tindakan diambil ke atas sebuah perhimpunan gereja di Melaka atas alasan ia berkait dengan agenda Zionis adalah bermotifkan politik dalam usaha meraih simpati masyarakat Melayu Islam, kata Ketua Biro Agama PKR, Wan Ji Wan Hussin.
“Sebab PAS adalah parti politik jadi ia akan timbulkan isu-isu yang mendapat simpati rakyat,” katanya.
“Agama adalah agama, jangan dipolitikkan.”
Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan hari ini mempersoalkan sebuah program bernama “Nations of the Golden Gate alligning with Jerusalem’s Jubilee”, yang akan diadakan bermula 15 Jun di sebuah gereja di Melaka.
Beliau menyifatkan penganjuran acara itu satu bentuk provokasi daripada golongan Kristian Zionis.
“Mutakhir ini musuh Islam mula main kasar dan makin berani. Sekarang mereka sasarkan Malaysia. Mereka mahu buat sarang di sini. Ayuh bangkit ummah sebelum terlambat,” tulisnya dalam Facebook.
“Jangan cabar sensitiviti umat Islam. Jangan cemarkan tanah Melayu ini dengan aktiviti Kristian Zionis ini,” katanya, merujuk kelompok di kalangan segelintir penganut Kristian yang menganggap umat Yahudi ditakdirkan untuk “kembali” ke tanah suci di Baitul Maqdis sebelum dunia menyambut kedatangan semula Nabi Isa bagi menyelamatkan manusia.
Wan Ji berkata tindakan menggesa umat Islam bertindak akan hanya memburukkan hubungan Islam dan bukan Islam, sebaliknya berkata PAS sepatutnya bersemuka dengan pihak penganjur menerusi dialog.
“Sekiranya PAS tak setuju, saya mencadangkan supaya PAS buat dialog, wacana yang lebih sihat di situ boleh hilang prejudis antara orang Kristian terhadap orang Islam, orang Islam terhadap Kristian.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: