Kejadian kira-kira jam 4 petang kelmarin berlaku ketika mangsa bersama tiga rakannya pergi membeli-belah di pasar raya terbabit.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, apabila sampai di pasar raya terbabit, mangsa menyedari beg miliknya tertinggal di dalam kereta sebelum mangsa berpatah balik untuk mengambil begnya.
“Semasa mangsa sedang berjalan menuju ke kereta, mangsa telah diekori seorang lelaki yang tidak dikenali dari arah belakang sebelum bertindak meraba punggung mangsa.
“Mangsa yang terkejut dengan kejadian itu telah menjerit meminta tolong sebelum melarikan diri,” katanya.
Tambahnya, bagaimanapun, lelaki berusia 26 tahun itu masih mengejar mangsa dan cuba memeluk tetapi tidak berjaya.
Othman berkata, mangsa telah menceritakan kejadian itu kepada rakan-rakannya yang kebetulan mencari mangsa. Pada masa yang sama, rakan perempuan mangsa juga memberitahu telah dipeluk dari belakang oleh lelaki terbabit.
Susulan itu, mangsa bersama rakannya telah meminta bantuan pengawal keselamatan dan polis sebelum menahan lelaki terbabit di kawasan tersebut.
“Semakan telah dibuat, tiada rekod jenayah pada suspek selain ujian air kencing yang negatif.
“Suspek kini direman tiga hari sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,”katanya.