Pemangku Ketua Polis Kelantan Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, pihaknya memburu dua lagi lelaki yang masih bebas.
Semua suspek berusia antara 20 hingga 32 tahun.
Katanya, mereka ditahan susulan laporan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang dirogol oleh enam lelaki termasuk teman lelakinya antara jam 11.45 malam hingga 4 pagi semalam.
"Kejadian (rogol) berlaku di sebuah pondok di Tok Uban selepas mangsa dibawa oleh teman lelakinya yang berusia 21 tahun.
"Mangsa dirogol secara bergilir-gilir sebelum dihantar pulang ke rumah pada 4 pagi semalam. Mangsa tampil membuat laporan polis bersama ibunya," katanya di Kota Bharu, hari ini.