Update [TERLAMBAT] 1,000 ayam 'licin' dalam masa sejam: KALAULAH BN BUAT SEPERTI JAMAL di Seluruh Negara >> Berita Malay 18

Jamal turut menjual ayam pada Program Jelajah Jual Ikan Segar Dengan Harga Patut di pekarangan Sekin Fisherman and Resort, Sekinchan
SABAK BERNAM - Program Jelajah Jual Ikan Segar Dengan Harga Patut bukan saja menjual ikan rakyat pada harga RM5 sekilogram, malah buat pertama kalinya menjual ayam dan beras pada harga terendah.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, harga ayam siap dijual hanya RM5 sekilogram, manakala harga beras lima kilogram dijual RM10 berbanding RM14 dijual di pasaran.

Menurutnya, sebanyak 1,000 ekor ayam dan beras itu habis dijual hanya dalam tempoh sejam sejak operasi jualan itu dibuka kepada orang ramai seawal jam 7 pagi, semalam.

“Apa yang kami buat ini diharap dapat melegakan rakyat di sekitar Sungai Besar khususnya di Sekinchan,” katanya pada sidang medianya di Pekarangan Sekin Fisherman and Resort, Sekinchan, di sini.

Jamal yang juga Pengerusi Badan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia berkata, program kali keempat yang dilaksanakan itu dan tiga daripadanya di Sekinchan itu dapat menurunkan harga pasaran ikan di seluruh negara.

“Saya dapat setiap hari maklumat menerusi (aplikasi) WhatsApp daripada pasar awam, pasar raya dan sebagainya.

“Saya lihat minggu ini ada berlaku sedikit penurunan harga ikan daripada RM12 sekilogram turun kepada RM9 atau RM8 sekilogram,” katanya.

Jamal berkata, tujuan utamanya menjual ikan bukan hendak berniaga, tetapi ingin memberi penekanan dan kesedaran serta memberitahu kepada rakyat bahawa harga ikan rakyat yang dijual di pasaran terlalu tinggi.

“Kita tahu peniaga pun nak untung, tetapi janganlah ambil untung yang berlebihan. Kalau nelayan dapat untung RM4, peraih pula untung RM10 dan ini adalah satu perkara yang keterlaluan,” katanya. - SH

Subscribe to receive free email updates: