Update [VIDEO] Pegawai Pengiring Najib Hampir Jatuh Kena 'Tolak' Dengan Krew Formula 1 >> Berita Malay 18


Sejak semalam tular di laman sosial sebuah video sebuah kejadian yang menjadi bualan ramai netizen di mana ianya berlaku semasa berlangsungnya perlawanan Formula 1 di litar Antarabangsa Sepang.

Video yang tersebar itu menunjukkan kelibat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beberapa pegawai pengiringnya melalui sekitar kawasan perlumbaan, kemungkinan Pit Stop.

Semasa melalui kawasan itu, dilihat seorang krew pasukan Scuderia Ferrari telah bertindak menolak pegawai ke tepi apabila sebuah kereta mereka sedang ditollak memasuki kawasan berkenaan.

Lelaki itu sebenarnya cuba mengelakkan para pegawai itu dari dilanggar kereta Formula 1 tersebut, caranya mungkin dilihat agak kasar, tetapi mungkin kerana tidak mahu berlaku sebarang kecederaan kepada orang sekitar kawasan berkenaan.


Scuderia Ferrari merupakan pasukan terkenal dalam dunia Formula 1 di mana jentera mereka dipandu oleh Sebastian VETTEL dan Kimi RAIKKONNEN.

Lagi pun krew tu tolak sebab dia tak mahu kejadian tidak diingini terjadi, kalau orang tak sakit, takut kereta rosak tak pasal-pasal berbuluh ribu melayang. - Siakapkeli.my

Subscribe to receive free email updates: