Update Ibu bapa tidak perlu risau kaedah laporan prestasi murid - KPPM >> Berita Malay 18

Imej via Utusan
KUALA LUMPUR 2 Jan. - Golongan ibu bapa tidak perlu risau dengan kaedah pemarkahan atau pelaporan prestasi anak mereka apabila peperiksaan bagi murid tahap satu dimansuhkan tahun ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin berkata, pihaknya memberi jaminan terhadap pelaksanaan kaedah itu kerana sudah bersedia daripada pelbagai aspek sejak tiga tahun lalu.
“Guru-guru sudah bersedia dengan kaedah ini melalui Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) yang telah diperkenalkan.

“Fokusnya adalah melaksanakan pembelajaran yang berpusatkan kepada murid melalui pendekatan didik dan hibur, pemikiran kreatif, belajar secara berkumpulan, memupuk kerjasama serta kemahiran komunikasi.

“Malah, golongan guru juga sudah biasa dengan kaedah pelaporan itu melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang diperkenalkan sejak dari 2011. Apabila tiada peperiksaan, maka ada format pelaporan secara berterusan yang akan dinilai terhadap murid-murid,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas membuat lawatan sempena hari pertama persekolahan di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail (1) di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Ismail Musa dan Guru Besar sekolah itu, Ramnah Darus.

Sumber - UTUSAN ONLINE

loading...

Subscribe to receive free email updates: