Update 1.4 Juta Penjawat Awam Bakal Naik Gaji tiga peratus? >> Berita Malay 18

KIRA-KIRA 1.4 juta penjawat awam pasti menanti penuh harapan pertemuan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Ali Hamsa dengan Kongres Kesatuan Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Motif pertemuan ini bagi membincangkan cadangan kenaikan gaji penjawat dan pesara awam sebanyak 3 peratus, selain turut memperincikan beberapa isu lain berkaitan usaha meningkatkan prestasi penjawat awam.

Ali dilaporkan berjanji bahawa perjumpaan akan diadakan secepat mungkin. Satu isyarat jelas, isu ini satu keutamaan. 1.4 juta penjawat memerlukan sedikit kefahaman kerajaan Persekutuan.

Memang sudah banyak yang diusahakan oleh pihak kerajaan dalam memberikan impak kualiti pendapatan dan peningkatan nilai hidup terhadap penjawat awam.

Namun, dalam persekitaran sekarang, penjawat turut mahukan nilai yang lebih real dan refleksif sejajar dengan momentum ekonomi.

Justeru, kenaikan 3 peratus gaji satu dilihat sebagau keperluan berdasarkan kepada impak ekonomi sekarang.


Subscribe to receive free email updates: