Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, bapa dan tiga anaknya meninggal dunia di lokasi kejadian.
Isterinya yang parah dibawa ke Hospital Tambunan untuk rawatan lanjut dan semua identiti mangsa belum dikenal pasti.
Difahamkan, lima beranak itu berhenti di belakang lori sebelum dilanggar kereta itu dan pemandunya terus menghilangkan diri selepas kejadian.
Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintendan Ahmad Jawila ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.
"Siasatan masih diteruskan dan sebarang maklumat akan disalurkan dari semasa ke semasa," katanya.