Hidup berseorangan sememangnya akan membuatkan kita semakin kesunyian apatah lagi jika selama ini ada sesorang di sisi kita yang amat kita sayangi yang kemudiannya telah pergi meninggalkan kita, kesannya pasti amat d rasai.
Itulah yang berlaku kepada seorang bekas doktor yang telah kehilangan isteri tercintanya akibat daripada penyakit yang di hidapi oleh isterinya itu.
Selepas kematian isterinya akibat kanser pankreas pada Ogos tahun lepas, hidup seorang warga emas, Zhang Wenliang, 70tahun, menjadi tidak keruan, apatah lagi sepanjang 40 tahun perkahwinan dengan isterinya itu, mereka tidak mempunyai anak.
Mengikut laporan dari Suara.TV, bagi mengatasi kesunyiannya, Zhang, yang merupakan bekas doktor dan berasal dari Chongzhou, China itu, telah membeli patung seks berharga £1,833 bagi menggantikan isterinya.
“Saya membantu orang ramai dalam merawat penyakit mereka tetapi saya tidak boleh berbuat apa-apa dengan isteri saya,’’ katanya.
Selepas sebulan kematian isterinya, Zhang membeli patung terbabit yang boleh menghasilkan bunyi manakala suhunya boleh dikawal.
“Saya tidak membawanya keluar. Saya mahu hidup di rumah dengannya dan merenungnya setiap hari. Ini adalah isteri saya,’’ katanya yang turut memakaikan pakaian isterinya pada patung terbabit.
Jelasnya, patung itu bukan semata-mata memenuhi keperluan fizikalnya tetapi turut memberikan kegembiraan kepadanya ketika dia merindui isterinya.
Selepas membeli patung itu, Zhang telah memencilkan diri daripada masyarakat kerana bimbang kesan negatif terhadap imej dan reputasinya sebagai bekas doktor.
Malah jika rakan-rakannya mahu mengunjungi Zhang, dia meminta mereka memberikan notis lebih awal agar dia dapat menyembunyikan patung seks berkenaan.
Namun selepas enam bulan digunakan, anak patung itu mengalami kerosakan dan Zhang kini bercadang untuk menyaman pengilangnya. - Suara.TV




Related Posts :
Update UMNO rembat duit pesara kerajaan, PAS sokong bermati-matian. Peguam Negara mengumumkan pemulangan wang RM1.7 bilion 1MDB daripada AS [Video UMNO GUNA TABUNG HAJI SEBAR BERITA TIDAK TEPAT] >> Berita Malay 18Selasa, 7 Mei 2019
Jom Channel
Asyraf yang pernah menjawat sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, itu mendakwa pada 2013, Ara… Read More...
Update Eh, eh, UMNO PAS bisu je? Umno tibai duit zakat, Pas pula mati2 sokong Umno! Iksim berkeras enggan diaudit MAIWP & BN belanja RM8 billion bina rumah PR1MA tapi hanya 1.6% siap dibina? Rakyat dah lama kena kencing HANCING sebelum Umno TERSUNGKURRR [Video Anwar: PRK Sandakan] >> Berita Malay 18Rabu, 8 Mei 2019
Terbongkar! BN belanja RM8 billion bina rumah PR1MA tapi hanya 1.6% siap dibina. Rakyat kena kencing kuat
… Read More...
Update Salah faham kerangka asas CEFR di kalangan guru, ibu bapa >> Berita Malay 18
CEFR tu apa? (Part 1)
I'm going to start a series of Facebook entries to address CEFR, CEFR-aligned curriculum and anything related to th… Read More...
Update “A Stupid Little Boy”... >> Berita Malay 18
Mahathir May Target
The Royal House’s Business...
Johor Crown Prince Tunku Ismail Sultan Ibrahim should have kept his mouth shut an… Read More...
Update Jom Lihat Keindahan Tasik Di Tengah Gurun Padang Psir Sahara >> Berita Malay 18
Tasik Ounianga terdiri daripada 18 tasik yang terletak di tengah-tengah Gurun Sahara, di rantau yang sangat gersang diutara Chad mana purat… Read More...