Pegawai Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sibu, Kapten Frankie John Jawan, berkata kemalangan jam 10.23 pagi di Jalan Bawang berhampiran Jambatan Lebaan itu membabitkan sebuah motosikal dan lori.
"Mangsa yang berasal dari Kampung Nangar, Daro turut patah kaki kanan selain cedera di mukanya.
"Mangsa masih sedar ketika pasukan paramedik tiba di lokasi, malah kami membalut bahagian tangan yang terputus sebelum menghantar mangsa ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut," katanya.
Difahamkan, mangsa dalam perjalanan pulang ke Sibu selepas menyambut Aidilfitri di kampung halamannya di Daro.
"Mangsa dilaporkan stabil dan diletakkan di bawah pengawasan rapi," katanya.