Update (9 Gambar & Video) Penumpang Mabuk Cuba 'Rampas' Pesawat MH128 >> Berita Malay 18

Kuala Lumpur - Kementerian Pengangkutan menjelaskan pesawat Malaysia Airlines MH128 tidak dirampas sebaliknya diganggu penumpang mabuk.

Timbalan menterinya berkata penumpang warga Sri Lanka itu berjaya dikawal anak kapal yang kemudiannya diserahkan kepada pihak berkuasa di Melbourne, Australia.


“Ia bukan rampasan. Seorang penumpang cuba memasuki kokpit pesawat.





“Penumpang berkenaan mendakwa memiliki bom. Ia bukan bom tetapi powerbank.

“Semua yang berada di dalam pesawat selamat,” kata Datuk Abdul Aziz Kaprawi seperti dilaporkan AFP.

Pesawat MH128 terpaksa kembali ke Melbourne malam tadi selepas menerima gangguan penumpang.


Malaysia Airlines dalam satu kenyataan berkata pesawat yang dalam penerbangan ke Kuala Lumpur itu berlepas pada 11.11 malam dan dijadual tiba pada 1 Jun 5.28 pagi.

Pesawat berkenaan mendarat semula di Lapangan Terbang Melbourne satu jam selepas berlepas tanpa berlaku sebarang insiden tidak diingini.

Subscribe to receive free email updates: