Update (9 Gambar) Wanita Dibunuh, Mayat Dikerat Dua Kerana Dendam >> Berita Malay 18

Bangkok - Seorang pekerja bar Thailand dibunuh sebelum mayatnya dikerat dua dan ditanam dalam kubur cetek kerana mengadakan hubungan sejenis dengan beberapa wanita selain melaporkan suami rakan sekerjanya kerana terbabit dalam pengedaran dadah.

Mayat Warissara Klinjui, 23, ditemui dalam dua plastik sampah di wilayah Khon Kaen timur Thailand, minggu lalu.


Warissara yang bekerja di pusat karaoke melaporkan tindakan suami rakan sekerjanya yang mengedar dadah menyebabkan lelaki itu ditangkap.

Perbuatan itu dipercayai mencetuskan kemarahan rakannya itu yang membunuhnya dengan bantuan tiga yang lain bagi membalas dendam.

Rakan sekerjanya, Preeyanuch Nonwangchai, 24, ditangkap namun dua yang lain, Kawita Ratchada, 25, dan Apiwant Satayabundit, 28, dipercayai melarikan diri ke Myanmar.

Subscribe to receive free email updates: