Adinda kepada Sultan Selangor, Tengku Puteri Sofiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mangkat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, hari ini.
Sumber dari Istana Selangor yang mengesahkan perkara itu berkata, Almarhum Tengku Puteri Sofiah, 68, mangkat pada kira-kira 4 petang dan jenazahnya dibawa ke Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang untuk disembahyangkan.
"Majlis pemakaman jenazah Tengku Puteri Sofiah dijangka disempurnakan di Makam Diraja Shah Alam di Seksyen 5 di sini pada kira-kira 10 pagi esok.
"Namun, tiada sebarang majlis istiadat negeri sempena kemangkatan Tengku Puteri Sofiah," katanya ketika dihubungi Bernama.
Dalam pada itu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berangkat menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah alam malam ini.
Bacaan surah Yasin dan doa selamat untuk Almarhum Tengku Puteri Sofiah turut diadakan.
Related Posts :
Update MAHALNYA HARGA SEBUAH EGO DAN POLITIK DENDAM, RAKYAT TANGGUNG AKIBAT >> Berita Malay 18
Berapakah harga akibat pembatalan Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL), soal Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa sebagai membi… Read More...
Update Menteri:harga barang naik laksana SST, dah tahu kenapa teruskan? >> Berita Malay 18
Jika kita sudah dapat mengesan akan berlaku kenaikan barang setelah pelaksanaan SST, setelah menghapuskan GST, sifir mudahnya untuk apa d… Read More...
Update CERTOT Atau MENTOT, Wahai Kementerian Pendidikan Malaysia? >> Berita Malay 18
Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri menggunakan perkataan yang belum diluluskan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) untuk peraduan Ha… Read More...
Update MAHALNYA HARGA SEBUAH EGO DAN POLITIK DENDAM, RAKYAT TANGGUNG AKIBAT >> Berita Malay 18
Berapakah harga akibat pembatalan Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL), soal Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa sebagai membi… Read More...
Update Kisah Lebai Layan Debat Mahacai di kedai kopi >> Berita Malay 18
Gambar hiasan
PH=BN2.0
Bicara di kedai Kopi antara seorang Lebai dan Mahacai di sebuah pekan.
Mahacai : PAS sekarang dah tak maca… Read More...