Kajang – Anak kepada pendakwah terkenal, Tuan Asmawi Tuan Umar, cedera dipercayai dipukul seorang remaja di luar Surau Impian Murni di sini, Isnin lalu.
Ketika kejadian kira-kira jam 10 malam, mangsa berusia 14 tahun itu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas solat tarawih sebelum didatangi seorang lelaki yang menuntut belanja setelah telefon yang disembunyikan dipulangkan semula.
Tuan Asmawi melalui akaun Facebook miliknya berkata, anak keduanya cedera dipukul oleh seorang pelajar berumur 18 tahun.
“Setelah mendapat rawatan di hospital swasta kosnya mencecah RM5,126 tidak termasuk kos-kos lainnya.
"Saya terpaksa bawa anak sekali lagi ke hospital kerajaan di Kajang untuk mengenal pasti kecederaannya kerana anak saya memaklumkan kedua-dua matanya kabur.
"Saya amat yakin ia dipukul dan ditumbuk dengan objek keras,” katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan.
“Kita masih menyiasat kes berkenaan, orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kes tersebut boleh tampil atau menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.
Related Posts :
Update [Video Tony Pua KANTOI kan Hasan Arifin di Parlimen! Bekas pengerusi PAC mengaku padam perkataan dalam laporan 1MDB] Washing machine mana pun tak boleh cuci, kotoran degil seperti hg pa lah! 'Laporan Jabatan Audit Negara berkenaan 1MDB telah DIPINDA'..Bukan masa saya, kata Hasan Arifin. >> Berita Malay 18Selasa, 30 Oktober 2018
Otai BERSIH
Washing machine mana pun tak boleh cuci, kotoran degil seperti hg pa lah!
Ttpi Parti Bunga ni lak nak … Read More...
Update [Video Maszlee balas Najib: Kalau tak beli Bijan, Hermes, cincin berlian...Boleh menampung pendidikan percuma] Masih ada rakyat terhibur tengok kapal terbang di Kelantan. >> Berita Malay 18Selasa, 30 Oktober 2018
Kalau setakat membiayai pembinaan ECRL apalah sangat...Mereka sudah membina kapal terbang sendiri. Tolong jangan … Read More...
Update Saya ada maruah, kata Hishammuddin nafi sertai PPBM >> Berita Malay 18
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan beliau kekal setia bersama Umno.
P… Read More...
Update [Video 97 Transaksi DBKL Mencurigakan! Khalid Samad & Tengku Adnan Bertelagah] Tetiba nak 'offer' diri ke luar negara nak cari Jho Low? Ka tak boleh nak tunggu dah SPRM hantar 'surat jemputan'! >> Berita Malay 18Selasa, 30 Oktober 2018
Suara Rakyat
Ridwan Shane Benaros
Biasalah admin, dulu mereka ni semua pikir Umno dan BN tidak boleh dikar… Read More...
Update [ZUNAR JURUCAKAP DAP] Tun M DIPERLI Zunar dengan kartun BN 2.0 >> Berita Malay 18
… Read More...