Kuala Krai - Siapa sangka dalam sekelip mata sahaja tiga beradik menjadi anak yatim akibat apabila ibu mereka maut dirempuh oleh sebuah kenderaan.
Dua beradik tersebut tidak menyangka bahawa bunyi dentuman kuat di luar rumah tersebut membabitkan ibu mereka sendiri.
Bunyi dentuman yang didengari menyebabkan dua beradik tersebut meluru keluar rumah bagi melihat apa yang berlaku.
Apa yang pantas menarik pandangan Alif Hakimi Abd Razak, 5 tahun, atau Angah ialah sepasang selipar di tepi jalan dan segera memberitahu abangnya, Alif Hafizuddin Abd Razak, 7 tahun, "Angah cam selipar mak," katanya sebak, ketika ditemui, hari ini.
Ibu mereka, Aida Mamat, maut dirempuh kereta ketika melintas untuk membeli ikan dari van berhampiran rumah mereka di Kampung Bukit Sireh, Kuala Nal, kira-kira jam 1.20 tengah hari tadi.
Mangsa meninggal dunia akibat cedera parah di kepala, turut meninggalkan seorang anak perempuan, Nurin Najwa Abd Razak, dua tahun.
Rumah mangsa terletak kira-kira 50 meter dari lokasi kemalangan berlaku. Bagaimanapun, pemandu kereta terbabit tidak mengalami kecederaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Ronning, mengesahkan menerima laporan kemalangan itu.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. "Mayat dihantar dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk dibedah siasat," katanya. - Berita Harian Online

Related Posts :
Update Lebih 2,000 kanak-kanak tanpa dokumen daftar sekolah >> Berita Malay 18
Imej sekadar hiasan
PUTRAJAYA, 30 APR: Seramai 2,635 kanak-kanak tanpa dokumen telah dibantu untuk mendaftarkan diri bagi mengikut… Read More...
Update Tunku Mahkota Johor, Saddiq, Tommy Thomas & Statut Rom >> Berita Malay 18
… Read More...
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2019/04/update-kpm-catat-malaysia-book-of.html">Update KPM catat "Malaysia Book of Records" Murid Teramai Cuci Tangan Dengan Hand Sanitizer >> Berita Malay 18
"Malaysia Book of Records” Murid Teramai Membersih Tangan Secara Serentak Dengan Hand Sanitizer Kempen Mencegah HFMD
Seramai 450,000 muri… Read More...
Update Mahkamah dedah Najib curi duit rakyat bayar RM3 juta untuk kad kreditnya! Malu apa, bosskau walaun? Si tukang sihir yang bijak...[Video Benda boleh patah balik, buat apa nak terus !] >> Berita Malay 18Selasa, 30 April 2019
Si tukang sihir yang bijak...
Ahli politik itu lebih bijaksana daripada Tukang Sihir atau Tukang Silap Mata. T… Read More...
Update Seorang lagi musang berbulu ayam duduk dalam MAIWP, patut lah Dr Mujahid asyik kena troll...[Video Tabung Haji buat Mujahid tak tidur malam] >> Berita Malay 18Selasa, 30 April 2019
KiniTV
Menjelang setahun pentadbiran PH pada 9 Mei ini, Dr Mujahid Yusof menamakan Lembaga Tabung Haji (TH) sebagai c… Read More...