Namun, semenjak himpunan Bersih 4 yang berlangsung selama 36 jam pada tahun 2015 yang dihadiri sehingga lebih 100,000 peserta, tiada himpunan lain di Malaysia yang menyamainya.
Dengan angka yang agak kurang popular pada perhimpunan seterusnya ekoran pecah belah di kalangan pembangkang, persoalannya sekarang, apakah himpunan akan datang oleh HARAPAN akan mengalami corak yang sama?
Felo Penang Institute, Wong Chin Huat berkata, pada masa kini, standard kehadiran untuk himpunan yang boleh dianggap berjaya ialah 100,000 peserta.
"Katalah (himpunan) dapat 100,000 peserta. Ia dilihat sebagai status quo, kamu dapat standard peserta yang berhimpun," katanya kepada Malaysiakini.
Tetapi, jika himpunan hanya menarik sekitar 30,000 peserta, jelas beliau, maka itu menjadi prestasi yang buruk walaupun beliau percaya pembangkang dapat mengerahkan sekurang-kurangnya 100,000 peserta.
"Saya ragui pembangkang tidak dapat mengumpulkan sekurang-kurangnya 100,000 peserta," ujarnya.
Jika parti pembangkang dapat menunjukkan jumlah peserta yang baik, tambah beliau, BN mungkin akan menangguhkan pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Tegas beliau, ada rekod yang menunjukkan BN gagal mencapai keputusan yang baik dalam pilihan raya yang dijalankan selepas himpunan yang berjaya.
"Pilihan raya umum ke-12 (PRU12) diadakan (kira-kira) tiga bulan selepas himpunan BERSIH yang pertama dan ia (menjurus) prestasi buruk bagi BN," katanya.
Bagaimanapun, Wong memberi amaran jika HARAPAN gagal memobilisasi jumlah yang cukup besar untuk himpunan tersebut, ia akan menunjukkan kepada parti pemerintah bahawa jentera pembangkang lemah dan tidak mampu menarik undi rakyat.