Update Apa Jasa Dr Ooi Kee Beng Dilantik Pengarah Eksekutif Penang Institute? Ohh ... Jilat Lim Kit Siang dengan Dua Buku >> Berita Malay 18


2 Jun lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng dalam facebook rasminya mengumumkan perlantikan Dr Ooi Kee Beng sebagai Pengarah Eksekutif yang baharu Penang Institute.  

Tidak menghairankan sangat apabila Timbalan Pengarah badan Pemikir Singapura iaitu  The Institute of Southeast Asian Studies (ISEAS) dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Penang Institute. ISEAS badan pemikir Singapura yang dijenamakan semula dengan nama Yusof Ishak Institute bagi mengaburi rakyat Singapura.

Jasa terbesar Dr Ooi Kee Beng ialah menulis dua buah buku menjilat Lim Kit Siang. Itu sahaja. Selain itu, kepakarannya dalam Pengajian Kebudayaan Cina dan politik Malaysia akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk DAP Pulau Pinang. 



Dasar menindas Singapura terhadap Melayu Singapura bakal diguna pakai di Pulau Pinang bagi mempercepatkan agenda meminggirkan Melayu Pulau Pinang. Tujuan dan asas utama ialah mengukuhkan Cina DAP di Pulau Pinang.

Joseph Lim Guan Eng banyak menjual tanah-tanah kerajaan kepada syarikat Singapura dan terbaru tanah di Leburaua Peel kepada Island Hospital Sdn Bhd milik Singapura semurah RM156 juta sahaja dengan hanya pendahuluan RM30 juta.

Ahli Lembaga Pengarah Island Hospital Sdn Bhd adalah Tan Poay Seng anak kepada proksi Lim Guan Eng iaitu TS Tan Kok Ping yang juga ahli lembaga pengarah City Development Limited yang berpengkalan di Singapura.

Sekarang Joseph Lim Guan Eng telah melantik warga Singapura mengetuai sebuah badan pemikir di Pulau Pinang mungkin sedang merancang sesuatu untuk Pulau Pinang. 

Subscribe to receive free email updates: