Berita gembira itu diumumkan oleh Zaquan sendiri menerusi akaun Instagram miliknya. Ramai peminat yang mengucapkan tahniah kepada Ayu dan Zaquan dan mendoakan kesejahteraan rumah tangga mereka.
Pastinya ini saat yang paling dinantikan oleh pasangan tersebut yang sebelum ini dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki. Kami DOAKAN agar keluarga Ayu dan Zaquan dilimpahi dengan kebahagiaan dan rezeki yang lebih lagi dengan kehadiran insan baharu ini.