Update Bayaran RM9.5 Juta: Pasukan Anwar Pertimbang Tindakan Pada Peguam Shafee >> Berita Malay 18


N Surendran, peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata mereka akan membincangkan tindakan lanjut, susulan dakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menerima RM9.5 daripada Datuk Seri Najib Razak.

Shafee adalah peguam yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam sabitan kes liwat melibatkan Anwar.

“Kami akan berjumpa Anwar tidak lama lagi dan akan segera meneliti tindakan lanjut susulan pendedahan itu.

“Kami akan umumkan tindakan segera untuk diambil,” kata Surendran ketika dihubungiMalaysiakini hari ini.

Laman pendedah maklumatSarawak Report sebelum ini mendakwa Shafee menerima RM9.5 juta daripada Najib pada 11 September 2013 dan 17 Februari 2014.

Anwar menuntut pihak berkuasa menyiasat dakwaan itu.

Malaysiakini sebelum ini tidak menyebut nama Shafee dalam laporan berkaitan dakwaan Sarawak Report itu dan setelah cuba menghubungi Shafee sejak Khamis lalu melalui perbagai cara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri pada Mac lalu memberitahu Dewan Rakyat bahawa Shafee dibayar RM1,000 untuk bertindak sebagai ketua pendakwa dalam kes itu.









Subscribe to receive free email updates: