Update Benarkah Penjawat Awam Wanita Tidak Dibenarkan Memakai Seluar 'Slacks'? >> Berita Malay 18

Etika pemakaian kerja oleh penjawat awam sering menjadi perbualan dan perbincangan. Walaupun ianya tertakluk kepada pekeliling, masing-masing masih mempertahankan pendirian masing-masing.

Terdapat juga pertanyaan berkenaan pemakaian seluar 'slacks' oleh penjawat awam wanita ketika bekerja.

Perunding imej kerajaan, Rudy Ludinata menjelaskan daripada laman FB beliau, memang ada klausa ini di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil.2 Tahun 1985.

Namun sekarang selepas diperkenalkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2013, ia sudah dibolehkan.

SPP Bilangan 9 Tahun 2013
Dasar baharu ini bersesuaian dengan kepelbagaian bidang yang diceburi oleh kaum wanita dalam perkhidmatan awam pada ketika ini.

Maka Kerajaan membenarkan pemakaian two/three-piece pant suit bagi pegawai awam wanita semasa bekerja atau menghadiri upacara rasmi kecuali upacara tersebut telah menetapkan pakaian tertentu.



Subscribe to receive free email updates: