Kota Bharu - Seorang buruh dipenjara selama 17 tahun dan dikenakan 26 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah merogol serta merompak seorang janda anak satu di sini pada Mei lalu.
Hakim Nazri Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap, Faizal Hussain, 22, selepas kesemua pertuduhan ke atasnya dibacakan.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Faizal didakwa telah merogol mangsa berusia 33 tahun yang bekerja sebagai penyambut tetamu hotel di tempat parkir kereta di Bazar Tengku Anis dan Badang di sini antara pukul 7.40 hingga 8.30 malam, 15 Mei lalu.
Bagi kesalahan merogol, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2)(b) yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun jika sabit kesalahan.
Mengikut pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa telah merompak wang tunai berjumlah RM50 dan sebuah telefon bimbit milik mangsa di tepi jalan Kampung Banggol, Badang dekat sini pada pukul 9.45 malam, 12 Mei lalu.
Related Posts :
Update ISU LTTE: DAP JANGAN CAMPUR TANGAN >> Berita Malay 18
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris mempertikaikan rasionalnya Penasihat Dap, Lim Kit Siang memper… Read More...
Update KENYATAAN LATHEEFA KOYA DIPERSOAL, MEMALUKAN SPRM >> Berita Malay 18
Ketua UMNO Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad melihat Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya t… Read More...

Update Tajuk Jika Orang Islam Boleh Tulis Semula Al-Quran : Kebiadapan Melampau Penganjur Debat Tun Razak >> Berita Malay 18
… Read More...