Johari Abdul Ghani turut menyangkal dakwaan pembatalan GST ke atas 60 barang makanan itu bersifat politik, memandangkan langkah itu diambil setelah mengambil kira kos hidup rakyat.

PUTRAJAYA: Sebarang pengenaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) terhadap mana-mana barang baharu perlu melalui kelulusan Kabinet berkuat kuasa serta-merta, kata Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Menteri kewangan kedua itu mengulas pengumuman pembatalan GST ke atas tambahan 60 barang makanan berkuat kuasa 1 Julai ini yang dibuat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) hari ini.
“Item tersebut memang tidak sepatutnya dikenakan GST buat masa ini. Saya sudah beritahu kepada pihak kastam, setiap barang yang hendak dikenakan GST perlu dibawa ke peringkat Kementerian Kewangan dan kita akan bawa ke Kabinet.
“Ia tidak boleh dikenakan (GST) tanpa kelulusan Kabinet,” katanya semasa majlis Iftar Perdana Kementerian Kewangan malam ini.
Hadir sama ialah Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Irwan Serigar Abdullah.
Johari berkata, cadangan pelaksanaan GST terhadap 60 barang makanan tersebut dibuat di peringkat JKDM tanpa sebarang rujukan dengan kementerian untuk dimuktamadkan.
Beliau turut menyangkal dakwaan pembatalan GST ke atas barang makanan itu bersifat politik, memandangkan langkah tersebut diambil setelah mengambil kira kos hidup rakyat.
“Jangan buat spekulasi,” katanya.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
Update [Video Bank Negara DENDA 1MDB RM115.8 Juta Buktikan Jenayah Najib Jho Low Umno] Gula-gula NAJIB: Akan MASAM lepas PRU14. >> Berita Malay 18Khamis, 5 Oktober 2017
GULA-GULA KEPADA PENEROKA MULA MANIS KEMUDIAN MASAM: FELDA AMBIL PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK RM1.1 BILION PADA KAD… Read More...
Update Ada cubaan singkir presiden FAM, kata TMJ >> Berita Malay 18
Bernama
| October 4, 2017
Usaha itu dilakukan beberapa anggota exco FAM yang seringkali tidak sependapat dengannya, kata Tunku Ismai… Read More...
Update [Video Curi Wang Rakyat Tak Cium Syurga] Himpunan 14 Oktober untuk fahamkan rakyat skandal 1MDB, kata AMANAH. >> Berita Malay 18Khamis, 5 Oktober 2017
Himpunan 14 Oktober untuk fahamkan rakyat skandal 1MDB, kata AMANAH
Parti AMANAH Negara (AMANAH) akan mengamb… Read More...
Update [Video Mat Sabu: PAS Hentam AMANAH Sebab AMANAH Kuat] PERANGI POLITIK RASUAH, In Sha Allah trak #BinaSemulaNegara akan terus bergerak. >> Berita Malay 18Khamis, 5 Oktober 2017
PERANGI POLITIK RASUAH BERMULA DARI KITA
Rafizi Ramli
PERANGI POLITIK RASUAH BERMULA DARI KITA
… Read More...
Update [Video MAZA: Jangan Mudah Nak Kafirkan Orang Lain!] Mat Taib silap ‘U-turn’, bumiputera, Islam juga agenda HARAPAN – Dr Abdul Aziz Bari. >> Berita Malay 18Khamis, 5 Oktober 2017
Mat Taib silap ‘U-turn’, bumiputera, Islam juga agenda HARAPAN – Dr Abdul Aziz Bari
RABU, 4 OKT: Tokoh perundang… Read More...