Bekas ketua aktivis Negeri Sembilan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Mohd Anas Sudin memfailkan saman fitnah terhadap presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Peguam Anas, Hazwan Mohd Nor memberitahu wartawan, selepas memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, bahawa dakwaan Muhyiddin (mengenai Anas ahli PKR) telah menjejaskan anak guamnya.
Hazwan mengesahkan Anas menuntut RM10 juta sebagai ganti rugi.
Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Anas menegaskan, beliau tidak pernah menjadi ahli PKR dan merupakan seorang pemimpin Umno dan PERKASA sebelum menyertai BERSATU pada bulan September tahun lepas.
"Fitnah ini telah memberi kesan ke atas saya dan masyarakat. Ada yang menuduh saya menjadi lalang dan tupai (individu tidak berprinsip).
"Saya amat kecewa kerana setelah bersama Umno selama 30 tahun dan berkorban apabila menyertai BERSATU. Saya tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan PKR, bagaimana beliau boleh menuduh saya sebagai ahli PKR?," tambah Anas.
Ditanya sama ada terdapat dalang di belakang samannya, Anas berkata, ia bukan kes seperti itu kerana saman tersebut berkisar mengenai "maruah" beliau.