Pembangkang pastinya menarik nafas lega yang panjang hari ini apabila pergeseran sesama mereka telah berjaya diredakan apabila portal, blog dan cytro mereka telah berjaya mensensasikan kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat.
Perlu diingat bahawa sejak tahun 2016 hingga sekarang DOJ telah mengemukakan dua kenyataan berhubung 1MDB. Sehingga sekarang tidak ada satupun pendakwaan yang dibuat kepada mana-mana pihak. Banyak cerita disensasikan dan tiada pendakwaan dan bukti dikemukakan di mahkamah.
Kedua, berdasarkan senarai defendan di atas, tidak ada nama 1MDB, DS Mohd Najib Tun Razak dan isteri DS Rosmah Mansor berani diletakkan oleh DOJ sebagai pihak defendan atau pihak yang disaman. Kalau adapun cerita di dalam Saman Sivil berjumlah 250 muka ini hanyalah sekadar pukul curi dari jauh sahaja seperti gelaran 'Malaysia Official I' dan 'the wife of Malaysia Official I'.
Kenapa pembangkang dan DOJ dayus dan penakut untuk mendakwa atau meletakkan nama DS Najib Tun Razak dan DS Rosmah Mansor? Ini bermakna DOJ tidak meletakkan DS Najib Tun Razak, DS Rosmah Mansor dan 1MDB sebagai pihak yang disaman atau pihak yang bersalah dalam tuntutan Saman Sivil ini. Yang pembangkang meroyan kenapa?
Di dalam cerita khayalan atau fantasi di dalam tuntutan Saman Sivil DOJ ada menceritakan pelbagai kisah dongeng seperti cincin 22 karat berlian berwarna pink, DS Rosmah Mansor (DOJ hanya berani meletakkan nama sebagai 'the wife of MOI) menaiki kapal mewah Topaz milik Syeikh Mansour bin Zayid, Timbalan Menteri United Arab Emirates sehinggalah percintaan Jho Low dengan model Australia, Miranda Kerr yang saya sendiri tidak pasti apa sangkut paut dengan Perdana Menteri dan isteri, apatah lagi 1MDB?
Cerita cincin berlian ini dengan DS Rosmah Mansor bukanlah satu perkara baru. Cerita berunsurkan Cinderella dan Snow White ini telah dimainkan oleh Raja Sotong Negara, Rafizi Ramli sejak lama dulu. Cerita ini menjadi isu meroyan minions pembangkang sehinggalah Rafizi Ramli meminta maaf dan berkata di dalam mahkamah beliau hanya bergurau. Kali ini pembangkang bergurau lagi. Gurauan yang tiada asas, apatah lagi sebarang bukti. Jangan haraplah DOJ hendak mengambil tindakan ke atas kenyataan yang dibuat ini.