KUALA LUMPUR – Selepas kecoh di media sosial mengenai pelakon Shukri Yahaya yang dikatakan menggoda seorang wanita, sekarang ini kecoh pula diperkatakan penyanyi Sufian Suhaimi cuba menggatal dengan isteri orang.
Bagaimanapun Sufian Suhaimi telah membuat laporan di Balai Polis Sungai Abong, Muar, kira-kira jam 4 pagi tadi selepas tersebar dakwaan kononnya dia mengganggu isteri orang melalui aplikasi Bigo.
Menurut Sufian, dia terkejut menyedari ada individu menuduh dia mengganggu isterinya lalu menyebarkan dakwaan di Twitter.
“Saya dapat tahu mengenai cerita ini kira-kira jam 2 pagi tadi. Saya terkejut dan mengambil tindakan pantas membuat laporan polis.
“Apa yang saya buat adalah untuk membetulkan keadaan. Saya bukanlah seperti yang didakwa individu terbabit sebaliknya difitnah. Saya tak bersalah dan buat semua ini kerana berada di pihak yang benar, …saya tak takut,” katanya.
Sufian yang rapat dengan pelakon, Elfira Loy memberitahu, mengikut dakwaan individu terbabit, insiden itu berlaku pada awal Ramadan.
“Pada awal Ramadan saya pulang ke kampung menyambutnya dengan keluarga. Malah, ketika itu, saya sibuk membuat persiapan berbuka dan membeli juadah di bazar bersama keluarga.
“Pelik kerana lelaki itu mendakwa saya melakukan perkara itu pada jam 7 malam ketika saya sibuk nak berbuka puasa dengan keluarga,” katanya, lapor BH.
Sehubungan itu, Sufian berkata, dia membuat laporan polis bagi mengelak pihak lain menjadi mangsa.
“Cukuplah dengan tindakan ini agar tiada lagi yang terkena dengan mereka yang menyamar menjadi saya.
“Saya harap perkara ini tak berpanjangan, …saya juga sudah lama memadamkan aplikasi Bigo atau WeChat di telefon bimbit,” katanya Namun, kata Sufian, masih ada netizen yang tidak percaya mentah-mentah tuduhan itu dan bersikap rasional. - Suara.TV


Related Posts :
Update Demi Rakyat, Raja Tidak Boleh Berkuasa Mutlak – PM >> Berita Malay 18
KUALA LUMPUR 12 April – Belum reda lagi kehangatan pertikaian mengenai siapa yang berkuasa melantik Menteri Besar Johor yang baharu, Per… Read More...
Update Makin menjadi-jadi bohong syarie untuk strategi PRU15 di benarkan PEMIMPIN ATAS POKOK! Qari, qariah Malaysia juara tilawah al-Quran antarabangsa [Video BERBULAN MADU SUDAH BERAKHIR] >> Berita Malay 18Ahad, 21 April 2019
Jom Channel
"Patahkan serangan UMNO dan PAS bahawa kerajaan PAKATAN HARAPAN tidak membela Melayu dan tidak membela Isla… Read More...
Update Pas TAK MENYESAL ke tidak bersama PH? Sabarlah wahai pemimpin Pas dan janganlah iri hati atau cemburu terhadap kejayaan PH & Akta baharu SPRM WAJIBKAN ahli politik isytihar harta! [Video Sedih Tengok ahli Pas, Sampai Putus Saudara Pejuangkan ISLAM] >> Berita Malay 18Ahad, 21 April 2019
Suara Rakyat
Bersama-samalah kita menyokong usaha SPRM yang mewajibkan ahli politik serta pegawai kanan kerajaan gred … Read More...
Update Standart Najib sama dengan 'Badut' & 'Bingai' pun lawyer? Aiiiisemen, Siapalah Admin Page Najib yang tolol ni! [Video MALAYSIA ATASI KONTRAK SENGET ECRL] >> Berita Malay 18Ahad, 21 April 2019
Jom Channel
Usaha sama 50:50 antara MRL dengan CCCC melibatkan pertukaran pengetahuan teknikal serta kepakaran, bukan p… Read More...
Update Polis siasat tindakan tularkan video prosiding kes Najib! Tapi biasalah, Najib & kuli batak mereka mana reti hormat undang²! ISU UMNO CELAKA? [Video DAP: FT Umno Youth Chief threatened to burn down HQ four times] >> Berita Malay 18
… Read More...