Update Dulu Tidak Mengaku, Sekarang C4 Secara Terang-Terangan Tidak Malu Mengaku Ajen Asing >> Berita Malay 18


Pengarah Centre To Combat Corruption and Cronisym (C4), Cynthia Gabriel, sebuah NGO pro pembangkang baru-baru ini telah menerima anugerah daripada National Endownment For Democrasy (NED) yang berpengkalan di Amerika Syarikat.

Jika dahulu C4 menerima bantuan daripada NED secara tersembunyi, kebelakangan ini usaha ini dilakukan secara terbuka. Baguslah pertubuhan NED ini. Sudahlah diberinya peruntukan, ditambah dengan anugerah lagi. 

Kita teruja dengan kebaikan yang dilakukan okeh NED kepada C4. CTS teringat dalam satu skrip P Ramlee dalam filem Madu Tiga, "baik ... baik ada makna tu." Diharap untuk tahun mendatang, NED akan beri lebih wang untuk C4, NGO yang diketuai oleh Cynthia.

Pada tahun 2015, C4 mendapat geran dari NED sebanyak USD35,000, manakala pada 2016 meningkat pula kepada USD50,000. Kedua-dua ini jika ditukarkan kepada Ringgit Malaysia adalah sejumlah RM362,783.39.

Tahun 2017 berapa pula NED akan berikan pada C4 untuk melawan korupsi dan kronisme? Tiada pula dinyatakan di laman sesawang NED. Patutlah pembangkang begitu istiqamah menetang penwujudan akta sumber dana pilihanraya.

Untuk rekod, NED merupakan organisasi bukan bersumberkan keuntunga yang diasaskan oleh Amerika Syarikat untuk "mempromosikan demokrasi di seluruh rantau". Iany dibiaya oleh kongres Amerika Syarikat. Demokrasilah sangat.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :