Pas alu-alukan pengganti Isa
Wartawan Sinar Harian
20 Jun 2017
Tuan Ibrahim Tuan Man
KOTA BHARU - Pas mengalu-alukan Pengarah Bukan Eksekutif Bebas, Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob dilantik sebagai pemangku Pengerusi Felda Global Ventures (FGV) yang baharu.
Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, langkah tersebut penting bagi memastikan keyakinan terhadap Felda dapat dibina kembali.
“Pas memang mengalu-alukan sebarang tindakan penukaran Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad kerana bagi Pas, masalah tidak akan selesai kalau tidak selesaikan dulu puncanya,” katanya.
Beliau hadir pada sidang media Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah di sini yang turut dihadiri Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan barisan exco kerajaan negeri.
Menurutnya, isu besar kini ialah bagaimana mahu menyelamatkan 360,000 ladang Felda yang dicagarkan.
Beliau berkata, apa yang berlaku dalam Felda kini diibaratkan sebagai satu malapetaka besar yang memberi kesan kepada kepercayaan rakyat terhadap pengurusan tersebut.
“Kita harap dengan pelantikan tersebut akan membina semula kepercayaan generasi-generasi Felda terutamanya generasi kedua dan ketiga,” katanya.
Related Posts :
Update Rusuhan kuil: Pakar ingatkan pemimpin jangan jadi penghasut >> Berita Malay 18
… Read More...
Update [Video RUSUHAN KUIL: Exco Selangor Ganabati Mohon Maaf] TITM: Himpunan ICERD nanti dapat meredakan ketegangan kaum! Kah, kah, kah, kahhhhh & MELAYU DEDAK ikutan budaya siape? >> Berita Malay 18Rabu, 28 November 2018
Dengan buat demo ICERD boleh meredakan ketegangan kaum di Malaysia?
HA.. HA.. HA..
Lepas ni bila masuk parlim… Read More...
Update “Kami diserang,”- Mohd.Hazim >> Berita Malay 18
KUALA LUMPUR 28 Nov. - “Saya turun daripada jentera untuk mengambil hos di sebelah kiri, belum sempat berbuat apa kami telah diserang.&nb… Read More...
Update “Kami Diserang” Kata Anggota Bomba, Mohd.Hazim >> Berita Malay 18
Mohamad Hamdan Wahid menunjukkan gambar tular di media sosial
Mohamad Hamdan Wahid menunjukkan gambar tular di media sosial sewaktu hadir… Read More...
Update [Video Komplot guling MB, PH Perak lapor polis & Peguam upah samseng ceroboh kuil?] KE MANA PERGINYA baki RM135,000 tu pergi? Ehh, ehhh dh mcm kes derma RM2.6 bilion pulok? Muhyiddin persoal mana datang duit upah anak-anak Melayu. >> Berita Malay 18
… Read More...