Pelancaran secara rasmi Sekretariat Pakatan Harapan Indera Mahkota di sini semalam yang diwakili Chean Chung (empat,kiri,depan),Abdul Aziz (Lima,kiri,depan) Kamarul Ariffin(tiga,kiri,depan) dan John Lee (tiga,kanan,depan).
KUANTAN - Empat komponen parti pembangkang iaitu PKR, Amanah, DAP dan Bersatu Indera Mahkota bergabung membentuk Sekretariat Pakatan Harapan Indera Mahkota untuk menghadapi PRU14.
Dilancarkan secara rasmi di sini hari ini, keempat-empat parti itu nyata optimis untuk memastikan kerusi Parlimen dan Dun di bahagian Indera Mahkota tersebut menjadi milik pakatan itu dengan kehadiran Ketua Amanah Kawasan, Abdul Aziz Ahmad, Ketua DAP John Lee dan Ketua Bahagian Bersatu, Kamarul Ariffin Mohd Shahar manakala PKR diwakili Adun Semambu, Lee Chean Chung.
Chean Chung yang mempengerusikan majlis pelancaran pakatan itu memberitahu, ia adalah detik bersejarah bagi empat komponen terbabit diikuti sejarah dua PRU sebelum ini membuktikan bahawa pakatan sebegitu lebih digeruni oleh Umno dan BN.
“Penubuhan Pakatan Harapan dalam waktu sebegini pastinya bertujuan untuk bekerja dengan misi menurunkan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak dan menumbangkan Umno serta Barisan Nasional pada PRU14 yang bakal menjengah bila-bila masa.
“Kami, kepimpinan kanan Pakatan Harapan Indera Mahkota dengan ini menyeru seluruh anggota masyarakat Indera Mahkota dari semua kaum untuk terus bersama kami, sebagaimana dokongan dan sokongan yang ditunjukkan sebelum ini, dalam usaha kami merealisasikan mimpi memartabatkan kuasa rakyat,”katanya kepada pemberita.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
Update 'Isu Adib' Lawyer UMNO, semakin melampau dengan sikap perkaumannya! Keluarga Adib tuntut penjelasan penarikan diri peguam [Video PAS TERSALAH SERANG SEKUTU SENDIRI?] >> Berita Malay 18Selasa, 28 Mei 2019
Jom Channel
1. PADAH ANJUR PROGRAM PARTI DALAM MASJID DAN SURAU 2. MCA MAIN ISU PERKAUMAN BIASISWA PALESTIN 3. SELESAI … Read More...
Update Apakah Kerajaan PH Mahu Melacurkan Institusi Masjid Dan Islam Di Bulan Ramadhan? >> Berita Malay 18
Hari ini, kita merasa sangat malu melihat orang Islam menerima sumbangan, bantuan dan makanan dari orang bukan Islam secara terbuka dan m… Read More...
Update Fakta bukan auta! Angka RM42 bilion pertuduhan Najib tu korek dari longkang mana? Menteri: AG wakil kementerian, bomba, peranan peguam tak perlu [Video Dr M ulas kenyataan Daim isu mansuhkan tol] >> Berita Malay 18Selasa, 21 Mei 2019
Kalau nak perbodohkan & kelirukan rakyat biarlah cerdik sikit, guna data fakta sebenar BUKANNYA AUTA.. Tak kanlah … Read More...
Update PEMANGKU RAJA PAHANG BERANGKAT MENERUSKAN PENGAJIAN DI AKADEMI TENTERA DIRAJA SANDHURST, UNITED KINGDOM. >> Berita Malay 18
… Read More...
Update PEMANGKU RAJA PAHANG BERANGKAT MENERUSKAN PENGAJIAN DI AKADEMI TENTERA DIRAJA SANDHURST, UNITED KINGDOM. >> Berita Malay 18
… Read More...