Mereka berpendapat, perkara itu tidak sepatutnya berlaku lebih-lebih lagi kedua-duanya sudah berumur dan berada di bulan Ramadan.
"Inilah benda paling jijik sekali yang aku pernah tengok. Kalau iye pon nak beromen tak perlu la sampai buat depan budak tu. Dah la dalam kereta gitu , dengan macam takde tinted je. Inikan bulan mulia, kenapa macam tu. Pakcik dah la pakai kopiah. Aiyakkkk," kata Shazfiz.
"Astaghfirullah....yg macam ni yg tambah merosak image ummat muslim.tak malu ngan songkok n tudung tas kepala tu.naudzubillah," kata Zahra Amalika.
"Astagafirullah... bulan puasa pn ada cm ini... siap blh dia kata yes2.. sedpnyaa.. dia tk thu daging rendang brbuka puasa aq tersembur keluar dri mulut aq ni... mohon delete arr...," kata Sanku Sanku.
Beberapa netizen membuat andaian bahawa video pasangan tersebut disebar oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan.
"Aku rasa dia kene pedajai dgn orang repair handphone. Dia geledah jumpa pastu viral," kata Asiq Hamzah.
Rijal Sallih pula berkata, "Woooo ni mesti tak padam masa jual henset ataupun henset hilang. Ini kes naya ni. Kalau tuan badan yang post tak tahu lah apa nak cakap"
Walaupun teruk dikecam, ada juga netizen yang mendoakan supaya pasangan warga emas tersebut diberikan hidayah oleh Allah SWT dan bertadubat di atas perbuatan yang mereka lakukan.
"Semoga keduanya dapat hidayah dari Allah s.w.t
tak guna kalau kita memaki,menghina tak dapat apapun dosa je kita dapat..lebih baik kita doakan agar mereka dapat kembali ke jalan yang benar dan bertaubat di bulan yang mulia ini..," kata M Kayroll Ramali
Sehingga kini video berdurasi 2 minit 22 saat itu telah dikongsi lebih 13,000 kali dan menerima 19,000 komen.