Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini mengarahkan kerajaan untuk menjawab permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengketepikan sabitan kes Liwat II berikutan dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membayar RM9.5 juta kepada peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai khidmatnya menjadi pendakwa utama dalam kes liwat itu.
Hakim Datuk Kamaludin Md Said membuat arahan itu ketika pengurusan kes hari ini.
Beliau mengarahkan kerajaan untuk mengemukakan afidavit sebagai menjawap permohonan yang dibuat oleh Anwar sebelum 12 Julai ini.
Peguam Anwar, Latheefa Koya ketika dihubungi Malaysiakini bekata, hakim itu turut memerintahkan Shafee, yang dinamakan dalam permohonan penzahiran itu untuk mengemukakan hujahnya menjelang pada 19 Julai.