Panel Jawatankuasa Khas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan memanggil penganjur dan nazir Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang esok (Isnin) susulan isu anggota Parlimen Subang, R. Sivarasa berucap di dewan solat pada satu majlis baru-baru ini.
Panel jawatankuasa itu diketuai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Masjid, Idris Ramli.
"Siasatan esok akan lebih tertumpu kepada mengumpul maklumat lebih terperinci berhubung apa sebenarnya berlaku pada hari berkenaan," katanya ketika ditemui pemberita hari ini.
Terdahulu, Haris mengiringi Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah pada majlis penyerahan sumbangan Aidilfitri kepada anak yatim daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam di Masjid Makmuniah, Sungai Nipah, Simpang Lima.
Ditanya sama ada panel jawatankuasa itu akan turut memanggil Sivarasa untuk memberi maklumat berkaitan, Haris berkata pihaknya akan menghubungi anggota Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat itu jika perlu.
"Jais tiada kuasa untuk memanggil beliau, bagaimanapun kita akan cuba mengatur pertemuan bersamanya untuk mengetahui perkara sebenar yang berlaku.
"Kalau siasatan nazir dah memadai, kita tak panggil Sivarasa, cuma kalau siasatan tak lengkap," katanya.
Read More / Baca Lagi >>