Update Kerajaan gagal bentuk solidariti sosial wujudnya golongan pelampau >> Berita Malay 18



Kelemahan kerajaan dalam membina solidariti sosial sejak negara mencapai kemerdekaan menjadikan sebahagian struktur pembinaan negara bangsa menjadi lemah dan wujudnya golongan pelampau ditengah kumpulan masyarakat hari ini.
Mahmood Zuhdi Ab MajidPerkara ini dijelaskan oleh Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN) Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab. Majid sebagai merujuk kepada kewujudan satu golongan yang menentang kepada kontrak sosial, perlembagaan negara dan rukun negara yang telah dimeterai ketika negara mencapai kemerdekaan dan selepas berlakunya trajedi 13 Mei 1969.
"Kumpulan ekstrimisme (pelampau) itu tidak boleh ditangani secara tuntas kerana kerajaan lupa mahu 'matikan' semangat ektrimisme itu dari awal kemerdekaan.
"Ketika itu kerajaan yang baharu merdeka selesa untuk tidak memberi tumpuan kepada pembinaan masyarakat (ketamadunan manusia) berbanding kebendaan (ketamadunan fizikal) untuk membina negara yang baru mencapai kemerdekaan.
"Sebenarnya ia satu keaiban yang berlaku semasa kita membina negara yang berbilang bangsa, budaya dan agama ini kerana gagal membetuk solidariti sosial," ujarnya dalam temubual dengan Malaysia Dateline.
Dr Mahmood Zuhdi berkata, beberapa peristiwa yang berlaku kebelakangan ini membabitkan isu berkaitan agama,kaum dan perpecahan parti-parti politik teras telah memburukkan lagi lingkaran solidariti sosial itu.
Sejak kemerdekaan ujarnya, kebanyakan dasar-dasar kerajaan bersifat 'one off ' program tanpa dilestarikan.
Dalam membina solidariti sosial itu,ujarnya lagi,  kerajaan kurang berjaya merancang dasar jangka panjang berbanding aspek pembangunan fizikal negara yang dilihat hebat.
Beliau menegaskan, kepincangan ketika membina sturuktur solidariti sosial itu menjadi punca kepada kewujudan golongan pelampau dalam masyarakat yang mengambil peluang menjadikan platform politik dan agama sebagai senjata memecahbelahkan masyarakat.
Ia termasuklah dengan mengugat keharmonian kaum, menghasut, menyebarkan fitnah, mempertikai kedudukan raja berpelembagaan, hak istimewa orang Melayu, menyalahguna hak kebebasan bersuara, penyebaran ajaran sesat dan terbabit dengan kumpulan militan agama.
Beliau melihat situasi itu sebagai satu kegagalan di pihak kerajaan dalam usaha mengawal dan menangani kemelut yang berlarutan di negara ini.
"Pertama Kerajaan perlu membendung keadaan yang berlaku ini dengan menegaskan bahawa rupa bangsa dalam negara ini berteraskan perlembagaan negara dan  menepati acuan Malaysia.
"Kerajaan telah membangunkan negara ini diluar daripada kekuatan yang ada dikalangan orang Melayu terutama dari sudut penguasaan ekonomi orang Melayu yang lemah, akhirnya timbul hasad dengki dan curiga mencurigai sesama kaum.
"Keduanya, kesilapan juga berlaku membabitkan krisis kepimpinan oleh parti yang memerintah. Saya melihat ketika krisis itu berlaku,satu pihak telah mengapi-apikan untuk menjatuhkan kerajaan dengan kebangkitan rakyat melalui pentas politik.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: