GEORGE TOWN –Siasatan berhubung kejadian yang membabitkan seorang pemandu Uber yang di belasah oleh sekumpulan lelaki kerana di tuduh melakukan pencabulan terhadap seorang wanita vietnam telah sampai ke penghujungnya.
Pihak polis telah melengkapkan kertas siasatan kes seorang pemandu Uber yang cedera dipukul sekumpulan lelaki selepas didakwa mencabul wanita Vietnam di Paya Terubung di sini, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Anuar Omar berkata kertas siasatan itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya esok dengan cadangan mereka yang terlibat didakwa di mahkamah.
Katanya enam lelaki berusia 29 hingga 40 tahun yang direman sehingga hari ini bagi membantu siasatan kes pukul pemandu Uber itu dibebaskan dengan jaminan polis.
Beliau berkata pemandu Uber berusia 29 tahun pula akan tamat reman esok manakala wanita Vietnam berumur 43 tahun kini masih direman oleh Jabatan Imigresen Malaysia Pulau Pinang kerana masih dalam siasatan untuk dapatkan laporan pasportnya.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang Selasa itu, pemandu berkenaan dibelasah lebih 10 lelaki selepas didakwa membuka seluar dan menarik tangan mangsa supaya memegang kemaluannya ketika membawa wanita berkenaan dari Lintang Paya Terubong ke Agryll Road, Georgetown. – BERNAMA
Related Posts :
Update Dulu Lain, Sekarang Lain, Kerjasama Proton-Geely Sekarang Sudah Tiada Masalah >> Berita Malay 18
25/05/2017, di dalam blog beliau chedet.cc, baca di sini, Tun Dr Mahathir melahirkan kekecewaannya berkaitan kerjasama Proton dengan … Read More...
Update Jangan sampai jadi seperti Melayu Singapura >> Berita Malay 18
6 Zulhijjah 1439H, Sabtu – Orang Melayu diingatkan supaya tidak mengambil mudah terhadap ancaman pihak tertentu yang cuba menggugat … Read More...
Update (PERANGAI KAFIR) DAP BERKERAS mahu hak milik tanah kekal dilaksanakan >> Berita Malay 18
IPOH 18 Ogos - DAP Perak tetap mahu kerajaan negeri menunaikan janjinya untuk memberikan status hak milik 999 tahun atau hak milik kekal… Read More...
Update 2 maut, 270 cedera ditembak rejim Zionis >> Berita Malay 18FMT, 18 Ogos 2018
Kira-kira 20,000 penduduk menyertai tunjuk perasaan yang
diadakan beberapa ratus meter dari pagar sempadan
GAZA… Read More...
Update KJ disaran sertai DAP >> Berita Malay 18
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin disarankan menyertai PKR atau DAP susulan kenyataannya yang ‘mengherdik’ kerjasama … Read More...