Besut - Gara-gara marah tidak mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), seorang lelaki mengamuk dan bertindak menetak kereta milik Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) di Kampung Gong Duek, Hulu Besut petang semalam.
Ekoran tindakan ganas itu, pihak polis terpaksa melepaskan tembakan menggunakan pistol ‘taser gun M26C’ tetapi tidak berkesan sehinggalah lelaki berusia 30-an itu melarikan diri ke dalam hutan.
Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata sebelum kejadian itu, lelaki terbabit dilihat mengalami gangguan emosi dan cuba mengugut kedua-dua ibu bapanya yang berusia 80-an bagi mendapatkan wang.
“Apabila cuba ditenteramkan, suspek beralih pula untuk meminta wang daripada Pengerusi JKKK itu dan dia bertambah marah apabila permintaannya tidak dilayan,” kata Mohd Zamri kepada media di sini hari ini.
Mohd Zamri berkata suspek yang berang telah menuduh mangsa tidak melayani permohonan wang BRIM yang dipohonnya sebelum ini, hingga mengambil tindakan menetak bahagian belakang kereta Proton Wira kepunyaan mangsa.
“Walaupun empat tembakan dilepaskan ke atas tubuh mangsa termasuk pancutan air oleh Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang datang membantu, suspek masih tidak dapat ditangkap tetapi sebaliknya melarikan diri ke dalam hutan berhampiran.
Katanya, suspek mempunyai tiga kesalahan lampau termasuk Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat dan pihak polis meneruskan usaha untuk memberkas suspek hari ini setelah memberhentikan operasi, menjelang berbuka puasa semalam.
Related Posts :
Update Hari ke-11: RM2b lagi masuk ke SRC dari KWAP pada 2012 & Najib beri saya RM2.5j untuk risikan politik [Video HARI KE-11 PERBICARAAN NAJIB 30 APRIL 2019] >> Berita Malay 18Selasa, 30 April 2019
TAHUKAH ANDA..
Dana dari Arab Saudi hanya berjumlah US$100 juta (RM304.5 juta) dalam EMPAT transaksi pada tahun 2011… Read More...
Update Seorang lagi musang berbulu ayam duduk dalam MAIWP, patut lah Dr Mujahid asyik kena troll...[Video Tabung Haji buat Mujahid tak tidur malam] >> Berita Malay 18Selasa, 30 April 2019
KiniTV
Menjelang setahun pentadbiran PH pada 9 Mei ini, Dr Mujahid Yusof menamakan Lembaga Tabung Haji (TH) sebagai c… Read More...
Update Mahkamah dedah Najib curi duit rakyat bayar RM3 juta untuk kad kreditnya! Malu apa, bosskau walaun? Si tukang sihir yang bijak...[Video Benda boleh patah balik, buat apa nak terus !] >> Berita Malay 18Selasa, 30 April 2019
Si tukang sihir yang bijak...
Ahli politik itu lebih bijaksana daripada Tukang Sihir atau Tukang Silap Mata. T… Read More...
Update Tunku Mahkota Johor, Saddiq, Tommy Thomas & Statut Rom >> Berita Malay 18
… Read More...
Update Dah tahu UMNO tu bapak segala perosak, kenapa masih setia bersekongkol dgn UMNO..[Video RAKYAT MALAYSIA MENOLAK DAULAH TERPENDAM] >> Berita Malay 18Selasa, 30 April 2019
Jom Channel
Saifuddin berkata Statut Rom tidak diratifikasi kerana hendak mengelakkan 'deep state' atau daulah terpen… Read More...