Singapura - Seorang lelaki di sini terpaksa meminta bantuan polis dan Angkatan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) selepas seekor kucing menceroboh kediamannya.
Harris Abu Bakar yang memuat naik gambar kejadian itu di Facebook memberitahu, seekor kucing hitam masuk ke rumahnya di Punggol pada jam 1 pagi (waktu tempatan), Rabu lalu.
“Saya tidak tahu ilmu hitam apa yang membolehkan kucing hitam ini masuk ke rumah walaupun semua pintu dan tingkap ditutup dan dikunci.
“Selama dua jam saya cuba menghalau kucing ini keluar tetapi ia sangat agresif, berbunyi dengan kuat dan cuba mencakar saya,” katanya.
Menurutnya, dia pada mulanya mahu menghubungi beberapa agensi haiwan tetapi membatalkan niatnya itu kerana tidak mahu kucing itu dibunuh.
Dia kemudian menghubungi polis dan SCDF untuk bantuan.
Jurucakap polis memberitahu akhbar The Straits Times, pihaknya menerima panggilan meminta bantuan pada jam 2.13 pagi (waktu tempatan) dan beberapa anggota dihantar ke lokasi kejadian.
Beberapa anggota polis dan SCDF cuba menangkap kucing itu tetapi haiwan berkenaan berjaya keluar dari rumah dan terus menghilangkan diri.
Related Posts :
Update [LAGU JALUR GEMILANG DILAUNGKAN] Sambutan Terhadap Tun M di Ipoh 'MENGGERUNKAN' >> Berita Malay 18
Lagu Jalur Gemilang dimainkan di Ceramah Selamatkan Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi di Ipoh anjuran Pakatan Harapan. Tun Dr Mahathir bersam… Read More...
Update Indonesia mohon maaf, akui silap besar keluar gelanggang >> Berita Malay 18
Bernama
| August 21, 2017
Timbalan Presiden Persatuan Sepak Takraw Indonesia, H Syafrizal Bakhtiar berkata, video ulangan menunjukka… Read More...
Update Kutip Sampah Selepas Perlawanan, Budaya PATUT DISOKONG >> Berita Malay 18
SEBAHAGIAN penyokong secara sukarela mengutip sampah yang ditinggalkan selepas aksi bola sepak Sukan SEA KL2017 antara Malaysia dan Myanma… Read More...
Update [Video Najib pro politik ganas?] Malaysia Book of Records duduk bersimpuh! Wah...terlebih ghairah nampaknya Pas kali ini! >> Berita Malay 18Selasa, 22 Ogos 2017
Suara Rakyat
Suka Halaman Ini · 16hb Ogos ·
Bagaimana sebuah negara tiada hasi… Read More...
Update [GILO APO] Isa kekal pemangku pengerusi SPAD, kata Nancy [ DAH TADO ORG LAIN DAH] >> Berita Malay 18
Bekas pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad kekal sebagai pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), kata Ment… Read More...