Dalam bulan Ramadhan ini, DAP tidak habis-habis menjual gambar pemimpinnya terutama Penasihat DAP Lim Kit Siang dan anaknya Joseph Lim Guan Eng berbuka puasa dengan masyarakat Islam, kononnya mereka mesra dan hormat dengan ajaran Islam. Manakala macai-macai Melayu seperti Rara kelihatan ayu berbaju kurung mengedarkan kurma di Pasar Ramadhan.
Hakikatnya, imej sebenar DAP adalah ingin menyesatkan orang Melayu dan Islam semakin terserlah dan contoh terbaharu ialah apabila ketua organisasi Pemuda DAP Subang, Numan Afifi akan mengadakan satu majlis berbuka puasa atau lebih terkenal dengan panggilan iftar di kalangan penyokong LGBT Malaysia pada 10 Jun di Bangsar.
Numan juga telah menyatakan rasa bangga dengan majlis Iftar Gay dan lesbian itu telah berjaya dijalankan dengan kedatangan yang ramai termasuklah anak muda Melayu. DAP akan buat apa sahaja untuk menipu dan memesongkan orang Islam supaya orang Melayu dan Islam tunduk kepada agenda mereka.
Ada yang bertanya apa bezanya DAP dan MCA. MCA sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) yang menjaga kaum Cinanya tanpa ada agenda untuk menyesatkan Umat Melayu Islam. Manakala DAP pula adalah kafir harbi yang bertopengkan Islam untuk menyesatkan Umat Islam itu sendiri. Seperti kata penceramah DAP, "We use Malay to skrew Malay".