
Majlis Presiden Pakatan Harapan yang bermesyuarat hari ini dijangka akan mengumumkan logo baharu pakatan pembangkang itu pada 9 Jun ini, sebagaimana dimaklumkan Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang bermesyuarat hari ini, juga bersetuju untuk mengunakan logo baharu itu dengan menggunakan singkatan nama 'Harapan' bukan Pakatan Harapan.
"Kita akan umum 9 Jun ini hari Jumaat dan sepakat guna 'Harapan'," ujar beliau ringkas ketika ditemui media di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya petang ini.
Hari ini media dimaklumkan satu mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan diadakan dan jamuan berbuka puasa, solat terawih dengan kehadiran pimpinan Pakatan Harapan dan jemputan.
Bagaimanapun sidang media yang dijadual akan diadakan pada jam 6.30 petang itu, dibatalkan dan media meluru untuk mendapatkan komen berkaitan pertemuan pimpinan Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam mesyuarat diadakan sebelumnya.
Pada 16 Mei lalu Majlis Setiausaha Pakatan Harapan mengumumkan sebanyak 10 logo telah disenarai pendek daripada 330 penyertaan untuk dipaparkan di laman rasmi Pakatan Harapan.
Dimaklumkan juga dalam mesyuarat hari ini selain logo, beberapa isu turut dibincangkan.
Daripada 10 logo disenarai pendek itu pimpinan Pakatan Harapan telah memiih hanya satu logo dan ia tidak akan dipaparkan untuk mendapatkan sekali lagi komen balas khalayak.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
Update MANA KEBEBASAN BERSUARA MALAYSIA BAHARU YANG DILAUNGKAN PH? >> Berita Malay 18
Antara laungan kuat di kalangan pemimpin Pakatan Harapan (PH) selepas 9 Mei 2018 ialah Malaysia Baharu yang lebih terbuka dan kebebasa… Read More...
Update [Video Hak milik 999 tahun bukan untuk kampung baru saja] Hari Sabtu pun PM kita ni bekerja & Sesungguhnya Umno tu, Yg songlap 1MDB, Yg gadai gadai aset negara, Yg lebur duit LUTH, KWSP & LTAT, Yg tarik sgala biasiswa, Yg pecat pgawai sprm & YANG SOKONG UMNO IALAH PAS.. BERHUHU LAH... >> Berita Malay 18Selasa, 18 September 2018
Kelab Che Det
Suka Halaman Ini · 14 September ·
Hari Sabtu pun PM kita ni bek… Read More...
Update [Video Jamal ke Mahkamah & Jamal Pak Tongkol kena tumbuk] Mengapalah rindunya nak lihat ROSMAH & NAJIB pakai baju OREN? Bagus Najib! Terbinanya MRT Sg Buluh & Kajang mudahkan rakyat menziarahi pemimpin2 UmnoBN di sana kelak? >> Berita Malay 18Selasa, 18 September 2018
Suara Rakyat
Suka Halaman Ini · 1 jam ·
TERIMA KASIH NAJIB !!
Ada hik… Read More...
Update Menteri: HARGA telur gred B, C NAIK selepas 18 hari SST >> Berita Malay 18
KAJANG: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengakui harga telur gred B da… Read More...
Update Tak mahu dipecat, KJ nak jadi Presiden Umno 2021 >> Berita Malay 18
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan akan setia bersama Umno dan akan merebut jawatan Presiden Umn… Read More...