Update LONDON DISERANG >> Berita Malay 18


Serangan pengganas gemparkan kota London
Serangan pengganas gemparkan kota London
Suasana di kawasan berlaku insiden.
LONDON - UNITED KINGDOM. Lebih daripada seorang dilaporkan maut dalam kejadian serangan pengganas di pusat bandar London, hari ini.

Memetik laporan BBC, kejadian difahamkan berlaku di kawasan London Bridge yang mana kawasan itu terkenal dengan restoran dan bar.

Difahamkan juga berlaku dua insiden tikaman di Borough Market berdekatan London Brigde dan Vauxhall.

Bagaimana pun pihak polis menafikan insiden di Vauxhall mempunyai kaitan dengan insiden di London Bridge dan Borough Market.

Perdana Menteri Britain, Theresa Mei dalam reaksinya menyifatkan kejadian itu sebagai "peristiwa yang dahsyat".

Sementara itu, Polis Metropolitan menulis tweet: "Pada 0025hrs 4/6/17 insiden di #LondonBridge & #BoroughMarket telah diisytiharkan sebagai insiden pengganas."

Sementara Datuk Bandar London Sadiq Khan berkata, peristiwa itu merupakan "serangan pengganas ngeri".

Beliau menambah: "Keadaan ini masih berlarutan dan saya meminta semua orang di London dan pengunjung ke bandar kami untuk bertenang dan berhati-hati".

"Kita masih belum tahu butiran penuh, tetapi ini adalah serangan pengecut di London kerana mensasarkan orang yang  tidak bersalah dan pengunjung ke bandar kami menikmati malam Sabtu mereka. Saya mengutuk sekeras-kerasnya," katanya.

Belum ada mana-mana pihak mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

Serangan ini berlaku, hampir dua minggu selepas 22 orang mati dalam insiden pengeboman berani mati di sebuah konsert di Manchester.

Subscribe to receive free email updates: