Kuala Lumpur - Pelaksanaan penggunaan lorong elektronik di plaza tol tidak pernah menutup periuk nasi pekerja plaza tol.
Sebaliknya menurut Ketua Pegawai Eksekutif Litrak, Sazally Saidi, pekerja tol yang biasanya bertugas di lorong tunai diberikan tugas dan tanggungjawab lain sejak penggunaan lorong elektronik dikuatkuasakan sepenuhnya di plaza tol.
“Kita ada banyak skop kerja lain selain daripada hanya mengutip kadar tol di lorong tunai. Misalnya kini pihak kami menempatkan pekerja dalam keadaan siap sedia bagi membantu mana-mana pengguna jalan raya yang mengalami masalah di lorong elektronik.
“Malah kami juga masih mengekalkan jurutol di laluan-laluan tertentu seperti lorong tambah nilai kad Touch N’Go dan sebagainya,” katanya ketika ditemui Sinar Online, di sini, baru-baru ini.
Mengulas mengenai pelaksanaan lorong elektronik secara keseluruhan di plaza tol, Sazally berkata, penggunaan sistem elektronik secara penuh seperti lorong SmartTag dan Touch N’Go sebenarnya dapat membantu mengurangkan kadar kesesakan jalan raya.
“Penggunaan lorong elektronik agak membantu mengurangkan kadar kesesakan jalan raya terutamanya bagi musim perayaan, di mana berjuta-juta kenderaan sedang berpusu-pusu keluar masuk bandar.
“Penggunaan lorong elektronik secara penuh membantu kelancaran trafik tiga kali lebih pantas daripada biasa. Namun saya nasihatkan pengguna agar mengisi penuh kad tambah nilai masing-masing dan pastikan kedudukan SmartTag diletakkan dengan betul sebelum menggunakan lorong elektronik.
“Ia membantu kelancaran perjalanan pengguna jalan raya terutamanya bagi yang mahu pulang ke kampung,” katanya lagi.
Related Posts :
Update [Video BUKTI TRANSAKSI BERLIAN MERAH JAMBU ROSMAH BERJAYA DITEMUI?] Sudah lupakah kamu saudara2ku semasa UmnoBN berkuasa telah merosakkan seluruh sistem dalam negara ini! >> Berita Malay 18Selasa, 16 April 2019
Otai BERSIH
Assalamualaikum kepada semua ahli dan penyokong PAS
Sudah lupakah kamu semasa UmnoBN berkuasa dahulu … Read More...
Update [Video Najib baca buku ’Jangan Selewengkan Ekonomi Malaysia’ di mahkamah] Pukul orang tua yg berumur 68 tahun HANYA DIDENDA RM2,000 SAHAJA? Bila aku sebut kerajaan PH ni 'buduss', ramai yg marah! Korang pikiaq lah sendiri, bodo ker tak bodo? >> Berita Malay 18Isnin, 15 April 2019
Suara Rakyat
Pukul orang tua yg berumur 68 tahun HANYA DIDENDA RM2,000 SAHAJA ??!
“Denda cuma RM2,000? Pakcik yang ke… Read More...
Update Saksi: Penggeledahan di Ambank rampas dokumen akaun Najib, SRC >> Berita Malay 18Saksi: Penggeledahan di Ambank rampas dokumen akaun Najib, SRC: Dokumen tersebut diserahkan oleh pengurus cawangan, kata pegawai geledah Ban… Read More...
Update Rosmah Mansor Rasmi Kapal Dikritik, Normah Alwi Rasmi Kapal Pula Disanjung >> Berita Malay 18
Lihatlah bagaimana hipokrit dan munafik Kerajaan Pakatan Harapan yang ada sekarang. Dulu bukan main kutuk apabila isteri Mantan Perda… Read More...
Update [Video MALAYSIA TERAJUI USAHA PROMOSI MINYAK SAWIT] Bila tak suka, benci, dimakinya! Bila kalah hilang deposit lebih RM1.3 juta PRU14, terus bersanding peluk cium Umno? Saksi: Penggeledahan di Ambank rampas dokumen akaun Najib, SRC >> Berita Malay 18Selasa, 16 April 2019
Suara Rakyat
Bila tak suka, benci... dimakinya, dikafirkannya, sumpah masuk neraka & tak layak masuk syurga.
Bi… Read More...