Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini mengarahkan kerajaan untuk menjawab permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengketepikan sabitan kes Liwat II berikutan dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membayar RM9.5 juta kepada peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai khidmatnya menjadi pendakwa utama dalam kes liwat itu.
Hakim Datuk Kamaludin Md Said membuat arahan itu ketika pengurusan kes hari ini.
Beliau mengarahkan kerajaan untuk mengemukakan afidavit sebagai menjawap permohonan yang dibuat oleh Anwar sebelum 12 Julai ini.
Peguam Anwar, Latheefa Koya ketika dihubungi Malaysiakini bekata, hakim itu turut memerintahkan Shafee, yang dinamakan dalam permohonan penzahiran itu untuk mengemukakan hujahnya menjelang pada 19 Julai.
Hakim Kamaludin kemudiannya menetapkan 3 Ogos depan, sebagai tarikh pengurusan kes berikutnya.
Kerajaaan hari ini diwakili oleh peguam persekutuan kanan, Nadia Hanim Tajuddin manakala Sarah Abishegam pula mewakili Shafee. Najib pula tidak diwakili oleh sebarang peguam.
Shafee dilantik oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan terhadap pembebasan Anwar oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Beliau kemudiannya tampil sebagai pendakwa raya utama dalam kes itu di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
Sarawak Report sebelum ini mendakwa Najib membayar RM9.5 juta kepada Shafee melaui dua pembayaran yang menyaksikan Anwar didapati bersalah oleh mahkamah rayuan pada 7 Mac, 2014.
Pejabat Perdana Menteri tidak memberi sebarang jawapan berhubung soalan media mengenai dakwaan itu manakala Shafee awal bulan ini berkata, bahawa beliau akan mengeluarkan kenyataan media mengenai perkara itu. Setakat ini belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkannya.
Related Posts :
Update [Video MP PH BAGAN SERAI 'MEMBASUH' MP PEMBANGKANG] Serangan Christchurch: Syarikat ternama boikot, tarik iklan daripada Facebook, Google & Kalau ‘EGG BOY’ duduk di Malaysia, dia akan dimaki hamun secara berjemaah oleh penyokong pembangkang PASUmno. >> Berita Malay 18Selasa, 19 Mac 2019
Serangan Christchurch: Syarikat ternama boikot, tarik iklan daripada Facebook, Google
"JIKA pemilik laman web dapat me… Read More...
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2019/03/update-video-duduk-pas-mengamuk-bila.html">Update [Video "DUDUK!" Pas Mengamuk Bila Isu 90Joterr Dibangkitkan Di Parlimen] Dia kutuk DAP takpe, bila kena batang hidung..walaun menyelap-nyelap! Dewan Rakyat kecoh, PAS tuduh DAP anti-Islam. >> Berita Malay 18Selasa, 19 Mac 2019
Lebai dodo. Dia kutuk dap takpe. Bila kena batang hidung menyelap. Kikiki.
Kami Viral
Walaun tak sedo melawan diri se… Read More...
Update Menteri Kesihatan Menghina Sunnah Rasulullah SAW? >> Berita Malay 18
Mana perginya ulamak dalam P4N ketika Menteri Kesihatan menghina sunnah Rasulullah SAW? Bekam atau hijamah merupakan salah satu kaedah pe… Read More...
Update [Video ANWAR IBRAHIM DEDAH STRATEGI DI RANTAU] Hadi: Belum sampai masa kerajaan campuran, PADAN MUKA UMNO! Tak puas hati terhadap Speaker! Amboi, Amno keluar Pas pun ikut keluar? Inkues: Adib dihimpit van EMRS dan kenderaan awam - Saksi. >> Berita Malay 18Selasa, 19 Mac 2019
UMNO faham ke tak ni? Maknanya kami nak kerjasama saja dengan UMNO, jawatan kerajaan negeri Kelantan & Terengganu … Read More...
Update Bahaya menanti pengganas NZ jika dipenjara >> Berita Malay 18Bahaya menanti pengganas NZ jika dipenjara: GLOBAL | 'Kami ada kawan dalam penjara,' kata seorang anggota kumpulan bermotosikal Maori y… Read More...