BEIJING – Hanya kerana menggunakan bakat kreativitinya terhadap kenderaan yang di ubah suai menjadi kereta idamannya, seorang lelaki telah didenda kerana melanggar akta pengubahsuaian kenderaan.
Menurut laoran media China, lelaki tersebut didapati bersalah kerana telah mengubahsuai keretanya dengan memotong bumbung kenderaan tersebut dengan niat melakukan pengubahsuaian.
Menurut akhbar tempatan, South China Morning Post yang berpusat di Hong Kong, lelaki berkenaan pada mulanya didapati cuba melarikan diri apabila secara kebetulan dikesan oleh peronda polis di Luoping, wilayah Yunnan.
Pemandu kereta tersebut yang dilaporkan kemudian memandu kenderaannya itu ke sebuah kilang bata berdekatan, bagaimanapun berjaya ditahan oleh anggota polis trafik berkenaan, lapor portal berita News.qq.com.
Lelaki berusia 26 tahun itu juga didapati memandu keretanya yang tidak pernah menjalani pemeriksaan rasmi untuk tempoh lama. Dia didenda 400 yuan (RM256) dan tiga mata ditolak daripada lesen memandunya.
Pada 7 Mac lalu, seorang lelaki di Liuyang, wilayah Hunan dilaporkan didenda kerana sengaja mengubah suai keretanya sebuah model tempatan Zotye SR9 menjadi seperti jenama mewah import Porsche Macan.
Dia sanggup menghabiskan sejumlah 200 yuan untuk kerja mengubah suai keretanya berharga hanya kira-kira 100,000 yuan itu untuk menyamai kenderaan idamannya yang dijual lima kali lebih tinggi di pasaran China.
Menurut thepaper.cn, lelaki itu dikenakan denda 500 yuan kerana maklumat kereta tersebut juga tidak menyamai data pendaftaran rasminya dengan pihak berkuasa. –Suara.TV

Related Posts :
Update [Video MB Perak: Berlakon, menyanyi sikit bukan mencuri, merompak] Peja-Izinkan ku mencuri bayangan wajahmu & Gua caya sama lu MENTERI BESAR PERAK Ahmad Faizal. >> Berita Malay 18
… Read More...
Update Semasa PM, Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung kerosakan kewangan negara berlaku secara sistematik dan meluas & Luahan hati ahli lembaga pengarah Tabung Haji >> Berita Malay 18Rabu, 12 Disember 2018
Semasa PM, Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung kerosakan kewangan negara berlaku secara sistematik dan meluas.
… Read More...
Update Ke mana arah PAS? >> Berita Malay 18
KUALA LUMPUR: Perjuangan PAS adalah kesinambungan daripada Nabi Muhammad S.A.W yang berasas kepada al-Quran, berlandaskan perkara yang te… Read More...
Update Hisham dalang MP keluar Umno, kata sumber parti >> Berita Malay 18Hisham dalang MP keluar Umno, kata sumber parti: Meskipun tweet Khairy tidak menyebutkan nama, sumber memberitahu ia merujuk kepada Hishammu… Read More...
Update Bung Moktar Radin dilantik Pengerusi UMNO Sabah >> Berita Malay 18
#BuletinBernama. UMNO Sabah tidak terbubar walaupun beberapa pemimpin negeri isytihar keluar parti.
Sehubungan itu, kepimpinan tert… Read More...