Jenazah enam beranak yang maut dalam kemalangan di Kilometer 25 Jalan Bahau-Keratong, dekat Ladang Risda Palong, semalam akan dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Seberang Jelawat, Bachok.
Enam beranak yang maut ialah Wan Mohd Fauzi Wan Mohd Ibrahim, 51; Masnoraida M Yusoff, 45; Wan Muhammad Muhaimmin, 22; Wan Nor Athira, 18; Wan Mohd Ammar Haziq, 13; dan Wan Nur Aiesya, 7;.
Dua lagi yang maut pemandu Myvi Osman Mohamed Taip, 31, dan isteri Rosniza Othman, 32.
Abang ipar arwah Wan Mohd Fauzi, Azmi Hamzah, 59, berkata, persiapan sedang dilakukan di tanah perkuburan berkenaan.
"Sebaik tiba nanti, jenazah akan dibawa ke Masjid Naim, Jelawat untuk disembahyangkan sebelum terus dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Seberang Jelawat.
"Saya difahamkan bedah siasat masih dijalankan di Hospital Jempol, Negeri Sembilan dan kita jangkakan jenazah akan tiba pada waktu malam
"Semua jenazah akan dikebumikan dalam satu liang lahad," katanya ketika ditemui di Kampung Padang Pak Amin, Bachok, hari ini.
Azmi berkata, dia mengetahui kejadian selepas dihubungi anak saudaranya Wan Muhamad Hazim, 19, pada jam 7 malam.
"Kali terakhir saya bertemu dengan keluarga arwah sebelum puasa di Putrajaya dan dia tidak menunjukkan sebarang perubahan.
"Pemergiannya amat kami rasai namun kami reda dengan ketentuan ilahi," katanya.
Related Posts :
Update [Video Dato Rashid PPBM: MALAYSIA BOLEH HANCUR angkara UmnoBN!] APA KHABAR KP SPRM? Di mana Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzuklifli Ahmad ketika ini agaknya? >> Berita Malay 18Isnin, 30 Oktober 2017
APA KHABAR KP SPRM?
Di mana Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzuklifli Ahmad ketika ini agaknya?
Bagaimana keadaan dan apa… Read More...
Update CUEPACS tuntut formula 10-8 >> Berita Malay 18
KUALA LUMPUR: CUEPACS merayu kepada kerajaan, supaya mengkaji semula kenaikan pangkat kumpulan pelaksana berasaskan tempoh perkhidmatan (t… Read More...
Update [Video Mat Sabu: Penjawat Awam Tetap Terbela Di Bawah Pakatan Harapan] 'Momentum Perubahan' Mat Sabu berceramah di Buntong Ipoh! Kehadiran yang sangat ramai daripada pelbagai kaum. >> Berita Malay 18Isnin, 30 Oktober 2017
Ceramah Perdana PAKATAN HARAPAN di Buntong, Ipoh
Bersama:
TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
LIM GUAN ENG
MOHAMAD SABU
Bercera… Read More...
Update [Video 1MDB TAK AKAN BOLEH UNTUNG!~Hari-hari pemimpin UmnoBN kerjanya membohongi rakyat] Penduduk Pulau Gaya menagih janji...sebuah kisah panjang yang dipenuhi janji kosong. >> Berita Malay 18Isnin, 30 Oktober 2017
Beberapa penduduk di Kampung Pulau Gaya, Sabah sedang mandi untuk membersihkan diri. – Gambar The Malaysian Insigh… Read More...
Update [Video DS Nizar: Orang Buntong dah tak mau UmnoBN lagi, kerajaan pencuri diut rakyat] Bebalnya Lebai. >> Berita Malay 18Isnin, 30 Oktober 2017
Bebalnya Lebai
Adoyailah lebai ni.... beza antara Kerajaan dan Parti Yang Memerintah pon tarak tau ka?
Kalu… Read More...