Ahli Parlimen Kluang dari DAP, Liew Chin Tong dan rombongannya dihalau dari bazar Ramadan di Kluang semalam ketika mengagih-agihkan sumbangan buah kurma kepada orang ramai.
Ia merupakan kejadian kali kedua kepada Liew dalam tempoh tiga tahun.
Pembantu Liew, Sheikh Omar Ali berkata, kejadian itu berlaku pada jam kira-kira 5.45 petang.
"Saya dan pasukan Pakatan Harapan Kluang memulakan aktiviti edaran kurma lebih kurang pukul 5.45 petang tadi.
"Kami ucapkan terima kasih kepada urusetia bazar Ramadhan yang menguruskan bahagian gerai menjual juadah makanan dan kuih-muih. Edaran kurma berjalan cukup rukun, mahabbah dan penuh semangat silaturahim.
"Namun, kami amat kesal dengan apa yang berlaku setibanya kami di bahagian gerai menjual pakaian. Kami difahamkan urusetia yang menjaga kedua-dua bahagian ini adalah berbeza.
"Kami telah dimaki hamun, dikasari dan dihalau oleh sekumpulan pemuda. Salah seorang dari kalangan mereka dapat saya kenal pasti sebagai individu yang sama pernah menghalang kami memasuki bazar Ramadhan Kluang pada 2014 lalu yang lebih dikenali sebagai insiden 'mana surat?'," kata Sheikh Omar dalam kenyataan.
Hal seperti ini amat mendukacitakan, katanya, kerana bulan Ramadan yang mulia tidak wajar dicemari dengan kebencian, kekerasan dan kata-kata kesat serta kekasaran.
Pihaknya telah membuat laporan kepada polis malam tadi mengenai insiden tersebut di IPD Kluang, jelas beliau. - MK
Related Posts :
Update [Video TS Muhyiddin Yassin Di Jelajah Pakatan Harapan, Bachok KELANTAN & Hadi: Akui GST Berkesan] ROS Makin Pening Kepala Dengan BERSATU & “Kita ada pelan B dan C, dan kita akan perkenalkan cara ini apabila kita sudah diberitahu (PPBM dibubarkan). >> Berita Malay 18Ahad, 11 Mac 2018
Kajian INVOKE didapati tidak tepat oleh PAS. Kaji selidik mereka membuktikan sebaliknya...
GST! Hu Hak! Hu Hak!..… Read More...
Update [Video Mat Sabu Jelajah Pakatan Harapan, Bachok KELATAN] Manifesto PH: Tonjolkan kesungguhan pembangkang ambil alih Putrajaya. >> Berita Malay 18Ahad, 11 Mac 2018
Manifesto PH: Tonjolkan kesungguhan pembangkang ambil alih Putrajaya
Manifesto Pakatan Harapan (PH) yang dilancarkan … Read More...
Update [Video Dr Wan Azizah Di Jelajah Pakatan Harapan, Bachok KELANTAN] The Pakatan Harapan Manifesto - Simple, Brilliant, Brief, Concise, To The Point & Najib's 5 weaknesses... >> Berita Malay 18Ahad, 11 Mac 2018
The Pakatan Harapan Manifesto - Simple, Brilliant, Brief, Concise,To The Point...
Najib's 5 weaknesse… Read More...
Update [Video Tun Mahathir Jelajah Pakatan Harapan, Bachok KELANTAN...Himpunan terbesar setakat ini, Najib akan terKincin] BN SUDAH SURRENDER...Tak mampu ikut rentak Manifesto PH. >> Berita Malay 18Ahad, 11 Mac 2018
BN SUDAH SURRENDER... TAK MAMPU IKUT RENTAK MANIFESTO PH
Itulah gambaran jurucakap ummo. Mereka langsung tak ada idea … Read More...
Update Manifesto PH retorik, tiada tawaran baharu, kata PAS >> Berita Malay 18
Bernama
10/3/18
Gambar Facebook
TUMPAT: Manifesto Pakatan Harapan (PH) bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang dilancarkan Khamis lepas… Read More...