Tuan Ibrahim berkata, walaupun sedar kenyataannya itu boleh menimbulkan persepsi bahawa PAS sedang bekerjsama dengan Umno tetapi hakikatnya tanggapan itu adalah tidak benar.
PETALING JAYA: Menukar sebuah kerajaan yang sedang memerintah belum tentu membawa manfaat kepada rakyat sekiranya parti politik baharu yang dipilih gagal melaksanakan perubahan seperti diharapkan, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Dipetik Utusan Online, beliau berkata, walaupun menukar kerajaan sering dilabel sebagai kebangkitan rakyat, namun berdasarkan banyak bukti, perubahan yang diharapkan itu tidak pernah menjadi kenyataan.
Tuan Ibrahim yang memangku tugas presiden PAS berkata, keadaan itu dapat dilihat berdasarkan keadaan di beberapa negara apabila kerajaan baharu yang dipilih gagal menguruskan perubahan telah menyebabkan keadaan lebih porak-peranda dan akhirnya mengakibatkan berlakunya campur tangan kuasa asing.
“Bukan politik untuk menukar kerajaan sahaja yang utama tetapi menguruskan perubahan adalah lebih penting berbanding perubahan (kerajaan).
“Lihat sahaja di Iraq dan di Asia Barat apabila perubahan gagal diuruskan. Kita tolak rasuah dan salah guna kuasa, tetapi apabila perubahan yang dijanjikan tidak dilaksanakan dengan baik, keadaan menjadi lebih buruk,” kata beliau.
Menurut laporan itu, beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Pimpinan PAS Pusat di ibu negara semalam.
Tuan Ibrahim berkata, walaupun sedar kenyataannya itu boleh menimbulkan persepsi bahawa PAS sedang bekerjsama dengan Umno tetapi hakikatnya tanggapan itu adalah tidak benar.
Read More / Baca Lagi >>