Seramai 28 pekerja ladang warganegara Indonesia selamat dalam kebakaran melibatkan tiga blok rumah kongsi di Ladang Sungai Bebar Selatan, Nenasi di sini, semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Nenasi Mohd Fadzirllah Zainal Abidin berkata kebakaran kira-kira jam 9 pagi itu dipercayai berpunca daripada bahagian dapur sebuah rumah di hujung blok itu.
"Setiap blok rumah mempunyai enam buah rumah. Kebakaran merebak dengan cepat kerana rumah itu diperbuat daripada kayu. Anggota bomba juga mengambil masa untuk masuk ke kawasan ladang yang mempunyai jalan tanah merah dan agak jauh dari jalan besar.
"Bomba juga menggunakan punca air terbuka iaitu parit di ladang sawit itu untuk memadamkan api," katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Menurutnya sebuah jentera bomba dengan seorang pegawai dan tiga anggota bomba dapat mengawal api pada jam 10.12 pagi sebelum operasi ditamatkan pada jam 12.15 tengah hari.
Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Related Posts :
Update [Video Sah! Zahid ditahan SPRM, didakwa di mahkamah esok] SPRM tahan Ahmad Zahid, pendakwaan esok >> Berita Malay 18Khamis, 18 Oktober 2018
SPRM hari ini menahan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas timbalan perrdana menteri itu akan b… Read More...
Update Dr M: Tempoh jawatan PM, MB, KM dihadkan 2 penggal >> Berita Malay 18Dr M: Tempoh jawatan PM, MB, KM dihadkan 2 penggal: RMK11 | 'Perdana menteri juga tidak akan memegang portfolio lain,' kata Mahathir.
… Read More...
Update [Video Reaksi Sinis Tun Dr Mahathir Bila MP UMNO Hina Beliau & Anwar] >> Berita Malay 18Khamis, 18 oktober 2018
… Read More...
Update [HINA RAKYAT] BN Boleh Mansuh TOL kenapa PH Suruh Rakyat BERMIMPI Lebuh Raya TANPA TOL >> Berita Malay 18
Adalah tidak patut untuk Menteri Kerja Raya menyatakan di Parlimen pagi ini bahawa rakyat boleh terus bermimpi jika mereka mahu kerana k… Read More...
Update Yang tersurat dan tersirat >> Berita Malay 18
SAYA sudah menonton video ucapan beliau di Parlimen, menonton video beliau dalam temubual di lobi Parlimen, dan membaca artikel is… Read More...